Tiada Penangguhan Lagi, FFM 25 Berlangsung 2 Mac Ini


Tiada, Penangguhan, Lagi, FFM 25, Berlangsung, 2, Mac, Ini, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Setelah ditangguh beberapa kali, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akhirnya telah menetapkan sebuah tarikh baru untuk penganjuran Festival Filem Malaysia ke 25 ( FFM 25) iaitu pada 2 Mac ini.

Pengerusi FINAS, Datuk Md. Afendi Datuk Hamdan berkata, selepas ini tiada lagi pengangguhan untuk anugerah FFM 25 kerana semua perancangan telah ditetapkan pada tarikh baru tersebut.

"Sebenarnya ada banyak faktor mengapa ia perlu ditangguhkan sebelum ini, antaranya dari segi teknikal. Yelah bukan mudah untuk merancang untuk sesuatu anugerah yang berprestij begini.

"Namun, kami tidak mahu panjangkan lagi mengenai isu penangguhan ini, yang penting kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk FFM25, lebih lebih lagi penganjuran FFM kali ini bersempena dengan sambutan Jubli Perak.

"Saya janji, inilah tarikh terakhir dan tidak mungkin ada penangguhan lagi selepas ini. Malah perancangan kali ini lebih detail apabila kami dapat berkerjasama daripada pihak Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi untuk FFM 25 ini," katanya kepada murai.com.my ketika siding media FFM 25 di FINAS, tengah hari tadi.

Malam anugerah FFM 25 akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac ini. Pada malam itu, 11 Anugerah Perdana dan 5 Anugerah Khas akan disampaikan.

Manakala 11 Anugerah Cipta akan disampaikan pada malam perasmian FFM25 di e@Curve, Damansara pada 27 Februari ini.

FFM 25 yang dianjurkan Finas telah mendapat kerjasama daripada beberapa persatuan filem dan hiburan tempatan seperti, Persatuan Penerbit-Penerbit Filem Malaysia (PFM), GAFIM, Karyawan dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAVM).

Mengulas mengenai FFM25 kali ini, Md. Afendi memberitahu Penganjuran tahun ini akan melibatkan 3 kategori filem yang dipertandingkan iaitu Cereka, Animasi dan Filem Pendek.

"Penyertaan FFM25 kali ini telah menampakkan peningkatan iaitu sebanyak 139 penyertaan berbanding FFM24 iaitu sebanyak 86 penyertaan sahaja.

"Ini jelas menunjukkan satu peningkatan yang positif sepanjng penganjuran Festival Filem Malaysia," jelasnya lagi.

FFM kali ini bakal menyaksikan lebih 59 buah filem cereka yang ditayangkan bagi tempoh 27 Oktober 2011 hingga 30 Oktober 2012 layak dipertandingkan.

Malam anugerah tersebut akan bersiaran secara langsung di saluran 134 (Astro Mustika HD), saluran 104 (Astro Ria) dan RTM2.

Turut hadir siding mediaKetua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Danish Shah, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Dato' Norhayati Ismail, Naib Presiden Pernigaan Melayu Astro, Khairul Anura Salleh.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers