Gosh,Datuk Mana Yang Buat Hans Cemburu Dengan Malissa?


Gosh,Datuk, Mana, Yang, Buat, Hans, Cemburu, Dengan, Malissa, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 21 FEB 2013: Personaliti baru Astro yang bakatnya dicungkil menerusi program On-Air, Hasanal atau Hans mengakui sedang bercinta dengan seorang lagi penyampai berita Buletin Awani iaitu Malissa.

Bagaimanapun, Hans yang berasal dari Pulau Pinang ini menafikan cemburu Malissa berkawan dengan lelaki lain terutama sekali yang berstatus Datuk.

"Ya, saya bercinta dengan Malissa. Saya bercinta dengan dia sejak menyertai On-Air lagi. Alhamdulillah, hubungan saya dengan Malissa masih lagi seperti biasa. Mana ada saya kuat cemburu. Lagi satu, Datuk, mana pula yang dikaitkan dengan Malissa? Saya tak cemburu langsung dan saya profesional dalam bab kerja.

"Saya dah tahu selok belok industri. Saya dan dia menjawat jawatan yang sama. Sama seperti dia, saya juga ada jumpa wanita lain," katanya.

Menjelaskan lanjut mengenai isu yang pertama kali didengarinya, Hans merasa pelik selepas mendapat tahu kekasihnya itu ada dikaitkan dengan seorang Datuk.

"Saya sebenarnya tak berapa pasti dengan isu ini. Saya pun tidak pernah dengar. Datuk mana pula yang nak masuk line Malissa? Saya tidak merasakan ini satu isu yang besar. Saya pun tiada orang lain. Ada ke orang lain nakkan saya ni?

"Apapun, hubungan saya dengan Malissa masih sama seperti dulu," jelasnya.

Tiada niat langsung menyertai On-Air untuk mencari kekasih, Hans menerima Malissa kerana kebaikan yang ada pada wanita tersebut.

"Kalau ada bukti yang kukuh tentang isu ini, sila tunjukkan pada saya. Saya tiada masalah nak menghadapinya. Saya tiada niat nak cari jodoh masa masuk On Air. Saya suka Malissa pun disebabkan dia baik dan pandai jaga hati orang tua.

"Saya masih lagi baru dan belum lagi hebat. Saya hanya orang biasa saja," ujarnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers