Kepulangan Paramore Ke Kuala Lumpur Nyata Gamat!


Kepulangan, Paramore, Ke, Kuala Lumpur, Nyata, Gamat, Artis Amerika, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
Foto oleh Livescape

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Kunjungan kali kedua kumpulan rock Paramore pada 17 Februari lalu ternyata berjaya menggamatkan Stadium Negara dengan kehadiran lebih kurang 5,000 penonton hadir menyaksikan persembahan bertenaga mereka.

Dibawakan oleh Livescape dan TuneTalk, The Return of Paramore Live in KL ini rata-ratanya dihadiri peminat setia kumpulan ini yang semememangnya amat rindukan kunjungan mereka semula di Kuala Lumpur.

Persembahan pembukaan telah disempurnakan oleh mewithoutYou yang merupakan sebuah band indie daripada Amerika Syarikat yang menjadi band kegemaran Hayley Williams(vokalis) sejak 10 tahun lalu.

Hayley telah membuat kejutan apabila tiba-tiba muncul ketika mewithoutYou membuat persembahan sebelum kembali ke belakang pentas. Saat yang dinantikan oleh semua penonton yang hadir apabila dentuman dram seraya suara Hayley memecahkan suasana di dalam Stadium Negara dengan persembahan single terbaru mereka yang berjudul Now.

Pada ketika itu penonton mulai mengikut rentak Hayley yang sungguh bertenaga dan lincah di atas pentas. Kemunculan Hayley kali ini berambut merah garang menyerlahkan penampilannya yang bersahaja menyarungkan t-shirt dan celana sambil rancak menari dan ia amat mengujakan hadirin yang datang.

Antara lagu-lagu yang didendangkan Paramore kebanyakkannya daripada album-album terdahulu dan hits mereka yang popular seperti Decode yang merupakan runut bunyi filem Twilight, Ignorance, Playing God, The Only Exception, Brick by Boring Brick, Monster, Renegade, Hello Cold World dan In The Mourning.

Hayley turut melahirkan rasa teruja dan gembira dengan respon yang diteriamnya daripada peminat Malaysia yang padanya lebih sporting menyanyikan lagu bersama-sama dengan kuat, tidak seperti kunjungan mereka ke Malaysia sebelum ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers