Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 20 FEB 2013: Mengakui dirinya bukanlah jenis suka melancong, papa rock Malaysia, Ramli Sarip terpanggil menuju ke Istanbul untuk mendalami dan mengenali kesenian Islam di negara tersebut.
"Terus-terang, saya bukanlah jenis orang yang suka melancong. Setiap kali saya mengadakan persembahan ke negeri-negeri seluruh Malaysia, saya menganggapnya adalah melancong.
"Bagi saya, banyak lagi tempat-tempat di Malaysia yang lebih menarik untuk dijadikan destinasi melancong. Apabila saya tengok televisyen, saya pun rasa saya tidak perlu melancong.
"Namun, disebabkan saya suka dengan Sejarah Islam dan Istanbul dikenali dengan destinasi yang bersesuaian untuk sejarah Islam, jadi saya pun menerima tawaran ini," katanya kepada murai.com.my.
Menjelaskan secara terperinci sebab dia menerima tawaran bercuti bersama peminat, Ramli memberitahu bahawa dia tersentuh dengan kebesaran Allah yang ada di Istanbul.
"Saya terpanggil ke sana kerana terlalu banyak kisah berkaitan seni dan juga Islam. Mudah-mudahan gandingan saya bersama Fizo Omar ke sana nanti banyak memberikan pengalaman yang menarik.
"Insya-Allah, dalam masa bercuti itu, saya akan berkongsi pengalaman seni saya dari mula hingga kini kepada peminat yang menyertai percutian ini," jelasnya.
Pakej percutian ini berharga RM4650 untuk tempahan enam bulan terawal. Setakat ini sudah 30 orang mendaftarkan diri. Percutian ini terhad untuk 200 orang saja. Mengikut perancangan, percutian ini bakal dianjurkan pada 3 hingga 9 Oktober depan. Maklumat lanjut sila layari www.arlief.com.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.