Kisah Sharnaaz, Shila Amzah Buat Fizo Fobia Jaja Cinta


Kisah, Sharnaaz, Shila Amzah, Buat, Fizo, Fobia, Jaja, Cinta, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 19 FEB 2013: Pelakon kacak, Fizo Omar,28, mengakui sedang menjalin cinta dengan gadis bernama Hasmidar Jaafar atau Haas,25, walaupun baru empat bulan mengenali si dia. Bagaimanapun, pelakon ini seakan fobia untuk menjaja soal cintanya dengan Haas berikutan tragedi cinta yang berlaku di antara aktor Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi Shila Amzah.

"Ya, kisah yang berlaku terhadap Sharnaaz dan Shila sedikit sebanyak membuatkan saya berasa takut untuk bercerita lebih tentang kisah percintaan saya dengan Haas. Apa yang berlaku terhadap mereka memberikan pengajaran yang bermakna buat golongan artis.

"Setakat ini, semua peminat saya memberikan sokongan dan merestui hubungan saya dengan Haas. Bagaimanapun, saya juga kena terimahakikat bahawa tidak semua peminat saya boleh terima dengan berita percintaan saya ini.

"Apapun, hubungan kami masih lagi baru dan belum sampai ke tahap berjumpa keluarga. Pun begitu, saya dan dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Cuma kami masih belum ada waktu dan masa yang sesuai lagi untuk disatukan," katanya kepada murai.com.my.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya itu, Fizo Omar bertegas agar peminat jangan sesekali menunding kesalahan kepada media seandainya hubungan percintaan seseorang artis itu gagal ditengah jalan.

"Dalam soal cinta artis ini, media tidak sepatutnya dipersalahkan seratus-peratus seandainya kisah cinta artis itu gagal di pertengahan jalan. Wartawan hanya menjalankan tugas mereka saja. Dia orang akan tulis apa yang dijawab oleh artis berkenaan.

"Pada saya, peminat harus baca dulu isi kandungan sesuatu artikel sebelum memberikan pandangan. Jangan baca pada tajuk artikel saja. Peminat kena faham betul-betul. Artis juga perlu kawal jawapan yang nak diluahkan. Apabila bercinta, semuanya yang manis saja akan diceritakan. Pihak artis juga kena pandai kawal emosi dan penjelasan yang diberikan," jelasnya.

Sungguhpun pada awalnya Fizo tidak mahu mendedahkan hubungan dia bersama Haas, namun pelakon ini terpaksa akur bahawa adakalanya dia terpaksa berkongsi kisah peribadinya itu kepada umum.

"Saya tidak bercakap pun saya nak berkahwin tahun ini. Saya hanya cakap saya sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga. Insya-Allah, saya nak berkahwin sebelum umur saya 30 tahun.

"Kalau boleh saya nak beritahu hubungan saya ini apabila saya sudah sah nak berkahwin dengan dia. Namun, saya tidak dapat berbuat sebegitu setelah hubungan saya ini dapat dicium serta dihidu pihak media.

"Sampai bila saya nak menyorok hubungan saya. Apabila sudah tahu, jadi saya pun terpaksa berceritalah. Namun, saya tak mahu cerita banyak-banyak," ujarnya. Sementara itu, Fizo tidak menyorok bahawa dia sudah mengenali Haas sewaktu dia bercinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan bakal doktor.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers