Teks oleh Syafiqah Jalal
KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Meskipun filem Gangster Celop yang akan mula ditayangkan pada 21 Februari ini merupakan gabungan konsep di antara filem KL Gangster terbitan Skop Productions dengan Mael Lambong (Excellent Pictures), namun filem itu hanya diarahkan oleh seorang pengarah saja iaitu Ahmad Idham.
Ahmad Idham berkata, dia gembira kerana diberi kepercayaan sepenuhnya oleh penerbit Skop Productions iaitu Datuk Yusof Haslam serta pengarah asal filem KL Gangster, Syamsul Yusof untuk menghasilkan skrip dan mengarah filem bergenre aksi komedi berkenaan.
"Saya berasa bangga apabila Datuk Yusof Hasalam sendiri memberi kepercayaaan kepada saya untuk menghasilkan skrip sekaligus mengarahkannya. Lagipun saya hanya menggabungkan konsep daripada kedua-dua filem daripada dua produksi yang berbeza.
"Saya tiada masalah untuk mengarahkannya secara sendirian kerana saya yang menyiapkan skripnya. Malah Shamsul tidak menganggu langsung hal-hal yang berkaitan dengan pengarahan kerana dia sendiri memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk melakukannya.
"Cuma dia ada memberi sedikit input untuk menguatkan lagi konsep filem Gangster Celop ini. Saya juga selesa bekerjasama dengannya, bahkan dia sendiri meminta saya untuk menegurnya dan mengajarnya untuk membawakan watak komedi di dalam filem ini," katanya kepada murai.com.my baru-baru ini.
Selain Syamsul Yusof, filem yang merupakan hasil kerjasama dua syarikat produksi filem Melayu tempatan itu turut dibintangi oleh Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jazmin, Yus Jambu dan ramai lagi.
Sementara itu, Datuk Yusof Haslam pula memberitahu kerjasama itudisifatkannya sebagai sangat menarik kerana dari dulu lagi dia amat meminati karya Ahmad Idham dan percaya bahawa sentuhan karyanya dapat memberi suatu suntikan yang segar untuk filem tersebut.
"Saya sendiri tidak mencampuri urusannya ketika menghasilkan skrip dan pengarahan Gangster Celop, ternyata dia berjaya menyiapkan filem ini dengan menepati masa serta menggunakan bajet yang sedia ada.
"Lagipun genre komedi adalah antara kepakaran Ahmad Idham dan saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk menghasilkan filem kerjasama ini dari segi skrip serta pengarahan," jelasnya.
Gangster Celop yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta secara ringkasnya mengisahkan mengenai Aman (Kamal Adli) dan Adam ( Syamsul Yusof) yang baru dibebaskan dari penjara. Ingin keluar dari dunia gangsterisme mereka telah ditugaskan untuk menjaga Suzana (Hanis Zalikha) anak kepada Mat Jambu (Yus Jambu), ketua kumpulan gangster yang dianggotai mereka.
Dalam masa yang sama, pertelingkahan merebut kawasan di antara Mat Jambu dan Man Cirit ( Azad Jazmin) semakin kritikal, sehingga melibatkan Suzana, Aman dan Adam. Bagi mengetahui kesudahan kisah mereka, saksikan Gangster Celop di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Februari ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.