Warga Singapura Berpeluang Sertai Raja Lawak 7!


Warga, Singapura, Berpeluang, Sertai, Raja Lawak 7, Artis Malaysia, Artis Singapore, Hiburan, Malaysia, Singapore


KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Selepas menobatkan kumpulan Shiro sebagai juara Raja Lawak musim ke-6, program pencarian pelawak nombor satu Malaysia, Raja Lawak 7 (RL7) kembali dengan konsep yang lebih menarik.

Masih mengekalkan Jozan (Johan dan Zizan) sebagai pengacara, RL7 telah memansuhkan konsep Cif Besar dan Cif Kecil tetapi masih mewujudkan tenaga pengajar untuk peserta.

Tambah menarik lagi, RL7 menawarkan wang tunai RM100,000 sebagai hadiah utama dengan membuka peluang penyertaan kepada rakyat Singapura.

Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, uji bakat kali ini akan dijalankan secara berbeza untuk mencari peserta yang betul-betul bersedia.

""Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini yang menggunakan format bebas, untuk Raja Lawak Musim Ke-7 ini, perserta akan diberikan tema tertentu sebelum memulakan ujibakat.

"Enam tema yang akan diberikan untuk peserta adalah Tiru Watak Filem', 'Kisah Cinta', 'Tabiat Rakyat Malaysia', 'Kalau Aku' dan 'Kisah Seram', dan dengan cara ini, peserta diharap akan lebih bersedia serta dapat memberikan persembahan terbaik," katanya.

Sungguhpun masih merahsiakan lagi -nama-nama barisan juri tetap RL7, siri penjelajahan uji bakat RL7 bakal memulakan pencariannya pada 16 Februari ini di Izora Hotel, Pulau Pinang.

Selain Pulau Mutiara, uji bakat RL7 kali ini telah memilih empat lagi lokasi iaitu Kuantan, Sabah, Johor Bahru dan Selangor.

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura yang berumur 18 hingga 45 tahun pada 15 Februari 2013. Waktu uji bakat bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang di lokasi yang telah ditetapkan.

Raja Lawak Musim 7 akan disiarkan secara serentak di Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (Saluran 134) dan ERA fm (103.3 fm) selaku radio rasmi.

Tarikh dan Lokasi Uji Bakat

16 & 17 Feb- Izora Hotel, Pulau Pinang
23 & 24 Feb- Berjaya Megamall, Kuantan
2 & 3 Mac -1 Broneo, Kota Kinabalu, Sabah
9 & 10 Mac- Plaza Angsana, Johor Bahru
16 7 !7 Mac- SACC Mall, Shah Alam, Selangor

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers