Pandu Kereta Porsche, Syakirin Nafi Dibela Datuk


Pandu, Kereta, Porsche, Syakirin, Nafi, Dibela, Datuk, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 15 FEB 2013: Penyampai berita Buletin Awani, Syakirin Hussnal, 24, yang juga personaliti baru Astro didikan Datuk Aznil Hj Nawawi tergamam tatkala disoal mengenai kereta Porsche yang dipandunya ke majlis penghargaan media bersama wajah personaliti baru Astro di Hotel Hilton, KL Sentral, petang semalam.

Bagaimanapun, anak sulung daripada lima beradik ini mengakui kereta itu bukan miliknya tetapi milik kenalan lelaki yang masih lagi dirahsiakan identitinya.

"Ya, saya memang memandu kereta itu. Dia milik seseorang yang saya kenali. Dia seorang lelaki. Nombor Plat kereta tersebut dari Kelantan tapi saya rasa masih belum sedia untuk menjelaskan siapakah dia orangnya.

"Saya masih lagi single. Saya belum berkahwin atau pun bertunang. Terus-terang, saya tidak dibela golongan VIP atau pun Datuk. Sebaliknya, saya masih lagi dibawah jagaan mak dan ayah saya.

"Nanti dululah. Saya belum bersedia untuk ulas lebih tentang hal ini. Apabila masa sesuai tiba, saya akan jelaskan nanti," katanya kepada murai.com.my.

Berkongsi cerita mengenai karier sebagai penyampai berita, Syakirin gembira baru saja dilantik sebagai jurucakap Youth Project dari NGO.

"Alhamdulillah, saya baru saja dilantik sebagai jurucakap untuk projek bernama Change Engineered. Saya dilantik sejak Januari 2013.

"Setakat ini saya masih belum buat apa-apa lagi untuk projek ini. Perbincangan baru saja dimulakan tetapi saya baru saja sah dilantik," jelasnya.

Sebaik saja tamat program On-Air, Syakirin pernah berpasangan dengan Aril Pilus sebagai pengacara untuk program K-Popnya Raya. Sebelum sertai program On Air, Syakirin telah menyambung pelajar di Korea Selatan selama empat tahun.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers