Almy Nadia Tak Tahu Niat Sebenar Fizz Fairuz


Almy Nadia, Tak, Tahu, Niat, Sebenar, Fizz Fairuz, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Pelakon, Almy Nadia, 27, akui tidak tahu menahu mengenai pertunangan Fizz Fairuz dengan gadis bernama Azlyn Massiela dan hanya mengetahui perkara tersebut daripada pihak lain.

Namun, Almy Nadia berkata, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen kepada pihak media mengenai pertunangan aktor tersebut kerana tidak mengetahui tindakan dan niat sebenar pelakon Hantu Kapcai itu.

"Buat masa ini, saya tidak akan menjawab apa-apa mengenai Fizz Fairuz atau pertunangannya itu kerana ada pihak yang sedang memerhati kesalahan dan kenyataan yang saya keluarkan.

"Jika media benar-benar mahu jawapannya, lebih baik cari Fizz dan tanyakan sendiri perkara ini kepada dia kerana saya sendiri tidak tahu niat sebenar Fizz berbuat demikian. Lagipun saya sendiri dapat tahu perkara ini daripada orang lain," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Foto-foto pertunangan Fizz Fairuz sudah tersebar beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah pun bertunang dengan Azlyn Massiela di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari 2013.

Sebelum ini, ramai yang menyangka hubungan Fizz dan Almy masih baik dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta, bagaimanapun sangkaan itu meleset selepas Fizz mengikat pertunangan dengan wanita lain baru-baru ini.

Tidak mampu meluahkan perasaannya ketika ini, namun menurut Almy dia bersyukur kerana mampu menghadapi dugaan tersebut bersama dengan orang-orang tersayang yang sentiasa menyokongnya.

"Ramai yang datang kepada saya bersedih dan menangis kerana bersimpati atas apa yang terjadi dan saya sendiri tidak mampu hendak berkata apa-apa kerana saya akui begitu besar dugaan Tuhan kepada saya kali ini.

"Namun alhamdulilah, saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan baik dan rapat yang sentiasa bersama saya untuk memberi semangat dan sokongan dalam apa jua bentuk," jelasnya.

Pun begitu, Almy memberitahu dia tetap mendoakan yang terbaik untuk Fizz Fairuz..

"Saya akan bersuara jika Fizz tampil menjelaskan segalanya terutama jika ia melibatkan saya. Jika tidak, saya pun tidak mahu menggangu tunangan orang. Apa yang boleh saya cakap, saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja kepadanya semoga dia berbahagia," luahnya lagi.

Almy Nadia yang baru sahaja selesai menjalani rakaman untuk program game show terbaru TV3, Woot Woot itu sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cermin Kasih Amirah untuk siaran RTM.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers