Salman Khan: Saya Tak Bergaduh Dengan Shah Rukh Khan


Shah Rukh Khan, Salman Khan, aktor, aktor Bollywood, bintang Bollywood, gaduh, bergaduh, Priyanka Chopra, karan johar, artis luar negara, berita, gambar, hollywood, bollywood, k-pop, Korea, berita terkini, selebriti


MUMBAI, 8 JAN 2012: Aktor Bollywood, Salman Khan menafikan desas-desus bahawa wujudnya permusuhan faham di antara dia dengan Shah Rukh Khan. Malah katanya, tidak wujud isu berpuak-puak di dalam industri perfileman Bollywood.

"Tiada isu berpuak-puak di dalam industri ini. Saya hanya buat kerja saya saja dan saya tidak pernah ambil tahu tentang kehidupan orang lain. Sekiranya ada yang datang untuk bercakap atau berjumpa dengan saya, saya akan bercakap serta berjumpa dengan mereka secara baik.

"Saya tidak kisah sama ada dia itu kawan kepada siapa atau apa. Bagi saya perkara itu tidak penting langsung," katanya.

Permusuhan di antara Shah Rukh Khan dengan bintang Dabangg ini mula tercetus sejak beberapa tahun yang lalu dan ia menyebabkan wujudnya penerimaan yang berbeza-beza terhadap kedua-dua bintang ini.

Bermula dengan dengan rakan baik Shah Rukh iaitu pengarah terkemuka, Karan Johar. Dia dikatakan sangat tertarik untuk bekerjasama dengan Salman lagi serta turut menawarkannya untuk berlakon dalam filemnya.

Malah, aktres Priyanka Chopra yang sering dianggap rapat dengan Shah Rukh serta produksi filem seperti Yahs Raj Films, nampaknya menjalinkan hubungan yang cukup baik dengan Salman.

Terbaru, aktor yang paling setia dengan Shah Rukh iaitu Arjum Rampal juga dikatakan akan muncul dalam show Salman iaitu Bigg Boss. Malah, Arjun juga dilaporkan tidak hadir di sambutan Tahun Baru Shah Rukh di Dubai dan dia juga memuji lakonan Salman di dalam filem Ek Tha Tiger.

Arjun yang banyak membintangi filem Shah Rukh yang hits seperti Om Shanti Om, Don dan Ra.One dikatakan cukup mengagumi Salman Khan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers