Soo Wincci Digelar Superwoman Oleh Orang Taiwan!


soo wincci, soo wincci pereka kasut, label eksklusif kasut soo wincci, soo wincci duta xes, soo wincci popular di taiwan, soo wincci digelar superwoman, album antarabangsa pertama soo wincci, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 31 JAN 2013: Bekas ratu cantik Malaysia/Dunia 2008/09, Soo Wincci kini sedang giat melebarkan sayapnya merentas ke bumi Taiwan dengan mempertaruhkan nasibnya dalam bidang seni suara.

Wanita yang baru memasuki usia 28 tahun ini baru saja muncul dengan album antarabangsa pertamanya yang sudah berada di pasaran Taiwan dan bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Single pertama, Happiness daripada album yang mengandungi 10 lagu berbahasa Mandarin itu dilihat sedang mendaki carta-carta utama di negara tersebut. Ini membuktikan bahawa percaturan dan langkah yang diambil Wincci semakin membuahkan hasil.

Dia yang saban minggu berulang-alik dari Taiwan ke tanahair mengaku sudah lali dengan perkara itu demi menjaga hati peminat tempatan yang tidak putus-putus menyokong kerjaya seninya. Wincci baru-baru ini ditemui ketika pelancaran rangkaian kasut tinggi rekaannya dan kolaborasi bersama XES, jenama sepatu terkemuka negara.

"Semua yang berlaku sekarang begitu cepat dan saya bersyukur kerana album antarabangsa pertama saya telah pun berjaya dilancarkan pada 25 Januari lalu di Taiwan. Saya tidak menyangka bahawa Jay Chou turut melancarkan album terbarunya pada hari yang sama.

"Di Taiwan, para selebriti sangat diberikan perhatian. Tidak kiralah media dan juga peminat jadi dalam masa mahu menjaga nama, populariti juga harus di beri perhatian. Saingan amatlah kuat dan jika selebriti itu cepat popular, tidak mustahil dia akan cepat dilupakan.

"Kerana itu saya cuba untuk tampil dengan kelainan bagi membolehkan peminat di sana mengingati siapa Soo Wincci. Saya bersyukur kerana mempunyai latarbelakang yang kuat di Malaysia sebelum menjelajah ke Taiwan.

"Orang industri dan peminat disana akan menilai seseorang selebriti melalui kejayaan dan pencapaian terdahulu, apatah lagi saya daripada Malaysia,"cerita Soo Wincci tentang perkembangan terkininya.

Daripada seorang ratu cantik, gadis kelahiran Selangor ini terjun ke dalam dunia modeling, lakonan dan nyanyian. Dia pernah menjadi DJ radio, mendapat gelaran ratu dessert ketika beraksi di gelanggang MasterChef Selebriti Malaysua dan yang terbaru bergelar pereka untuk himpunan kasut tingginya sendiri.

Menurut Wincci lagi, kebanyakan selebriti dan orang industri di Taiwan yang mengetahui portfolionya di Malaysia menyatakan rasa kagum terhadap dirinya.

"Mereka menggelarkan saya sebagai superwoman! Mereka seperti tidak percaya yang saya telah melakukan semua itu sebelum berhijrah ke Taiwan. Ada juga yang kagum apabila mereka mendapat tahu saya mempunyai peminat daripada semua rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa.

"Disebabkan itu, walaupun saya mengorak langkah atau memilih Taiwan untuk mengembangkan bakat saya, saya tetap tidak lupa pada peminat di Malaysia. Tanpa mereka, Soo Wincci tidak akan sampai ke tahap ini.

"Hampir setiap minggu saya akan pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama-sama peminat jika tiada sebarang komitmen kerja dan sebagainya. Saya juga akan tampil tidak lama lagi dengan album EP berbahasa Melayu yang mengandungi empat lagu dan sebahagiannya hasil ciptaan saya dan komposer tempatan lain,"ujar wanita ini mengenai aktiviti seninya kini yang semakin mendapat perhatian terutamanya di Taiwan.

Bernaung di bawah Ocean Butterflies International, Soo Wincci yang bakal bergelar calon untuk program Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Open University Malaysia itu mengakui bahawa dia telah melalui fasa-fasa baru untuk membentuknya menjadi seorang penghibur. Antaranya cara kerja yang efisien berserta strategi yang baik bagi melancarkan segala rencana.

Kini single pertamanya, Happiness telah dipilih menjadi lagu ending credit bagi sebuah siri televisyen di Taiwan dan single itu telah pun mendapat sambutan sebelum album penuhnya dilancarkan pada minggu lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers