LONDON, 14 JAN 2013: Berita perpisahan penyanyi Country, Taylor Swift dengan Harry Styles daripada kumpulan One Direction bukanlah berita yang baru buat semua peminat hiburan luar negara.
Namun, ramai yang tidak tahu sebab di sebalik perpisahan mereka itu. Namun, laporan Radar Online menyebut bahawa perpisahan itu berlaku kerana Taylor tidak aktif melakukan seks dan tidak dapat memuaskan nafsu Harry Styles ketika mereka berasmara di kamar tidur.
Dalam waktu yang sama, Harry pula dikatakan kecewa dengan cara Taylor Swift menangani perpisahan itu. Taylor dikatakan bimbang dengan anggapan masyarakat tentang hubungannya dengan pelbagai jejaka popular tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Dia tidak mahu dilihat seolah-olah dia perempuan yang murahan.
Tapi, apa yang diaa tidak sedar atau tidak lihat adalah lelaki meninggalkan dirinya kerana sikapnya yang terlalu kolot apabila berhadapan dengan soal seks dan hal ini juga boleh menjejaskan reputasinya.
Satu sumber memberitahu lagi bahawa Styles meninggalkan kerana bosan dengan sikap Taylor Swift yang asyik bercakap mengenai barang antik.
Secara tidak langsung, Styles membuat kesimpulan bahawa Taylor adalah seorang wanita yang kurang menggemari seks dan kurang aktif melakukan seks dan hal itu membuatkan mereka langsung tidak serasi dari sudut seksual.
Lebih-lebih lagi buat Styles yang memang diketahui banyak kali berdating dengan wanita yang lebih tua darinya. Malah, sentiasa dikelilingi gadis-gadis muda yang mahu berasmara dengannya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.