Six Pack Jadi Trend Untuk Bintang K-Pop?


K-Pop, group K-Pop, penyanyi lelaki k-pop, nazim othman peminat k-pop, k-pop connection, six pack, tayang badan, korea selatan, korea selatan, penyanyi Korea Selatan, aktor Korea Selatan, pelakon Korea Selatan, korea selatan, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


KUALA LUMPUR, 31 Jan 2013: Bukan saja lagu menjadi kegilaan remaja masa kini, fesyen yang digayakan bintang K-Pop (Korean Pop) turut menjadi ikutan remaja. Malah, tidak hairanlah usahawan baju tempatan masa kini lebih banyak mengetengahkan gaya ala-ala bintang K-Pop.

Selain dari fesyen baju yang menjadi ikutan, dandanan dan fesyen rambut mereka turut menjadi ikutan bukan saja golongan muda tetapi juga mempengaruhi golongan yang lebih berusia.

Lihat saja gaya rambut yang dikenakan GD dari kumpulan Bigbang. Ramai anak muda lelaki masa kini lebih gemar berfesyen rambut seperti GD. Apa yang pasti, fenomena K-Pop bukan saja menular dalam bidang seni muzik tetapi ia turut memukau dunia dengan fesyen yang menyentuh dari hujung rambut sehingga ke hujung ke kaki.

Masih lagi menyentuh mengenai pengaruh K-Pop, kebanyakan bintang K-Pop lelaki masa kini seperti berlumba-lumba memasang badan untuk menghasilkan six pack di bahagian perut. Ia dibuktikan lagi apabila poster atau gambar terbaru mereka pasti diselitkan dengan sesi tayang six pack.

Antara bintang K-Pop yang suka menonjolkan bentuk badannya ketika membuat persembahan adalah Rain, Siwon Super Junior, Taeyang Bigbang, Taeyang, kumpulan 2PM, Jo Kwon 2AM dan ramai lagi. Ada juga antara mereka memiliki badan yang kurus tetapi mempunyai six pack.

Dari sini, terbit tanda tanya adakah six pack menjadi trend untuk setiap bintang K-Pop? Dalam erti kata lain, adakah ia menjadi pelengkap atau syarat wajib untuk menjadi seorang bintang yang dikenali di Korea Selatan?

Bagi mengenal pasti jawapan bagi persoalan ini, murai.com.my bakal berkongsi pandangan dari pelakon Korea Selatan menerusi drama Kimchi Cheese Smile, Jang Ji Woo yang memiliki six pack dan jurulatih peribadi, Jae Wan Park yang pernah membimbing selebriti Korea dan Hollywood untuk menghasilkan bentuk badan yang cantik.

Ketahui pandangan mereka dalam artikel yang bakal disiarkan di murai.com.my tidak lama lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers