Diyana Halik Tidak Ambil Pusing Dituduh PA Aaron Aziz


diyana halik, Aaron Aziz, aaron aziz, tak sokong aaron aziz, aaron aziz kena tangkap khalwat, aaron aziz demand, tuduhan liar, Kesal, Kesilapan, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 30 JAN 2013: Dengan tidak semena-mena isteri kepada pelakon Aaron Aziz, Diyana Halik yang bertindak sebagai pengurus kepada pelakon itu terpaksa menanggung tuduhan negatif apabila dianggap sebagai PA (Pembantu Peribadi) yang didakwa telah menengking peminat.

Tidak mengambil rungsing akan hal tersebut, Diyana sebaliknya berasa kesal tatkala suaminya dituduh hanya berdiam diri disebabka insiden yang berlaku itu.

"Sebenarnya, ketika kejadian itu berlaku, saya berada di situ. Keadaan masa itu, memang kami kelam kabut untuk ke set rakaman program Primadona. Waktu itu, kumpulan Sleeq pun turut sama ada di situ.

"Sejujurnya, pihak Primadona dah banyak kali hubungi kami untuk hadir disebabkan kami sudah terlewat. Oleh kerana itu, sebelum majlis ABP habis, kami terus bergegas ke studio dengan keadaan tergopoh-gopoh.

"Dalam kami bergegas, ada sekumpulan peminat menahan kami untuk mengambil gambar. Waktu itu jugalah PA Aaron berkata sesuatu kepada peminat itu. Setahu saya, PA dia tidak pun menengking peminat itu tetapi hanya berkata dalam nada tegas saja," katanya kepada murai.com.my.

Meneruskan penjelasan, Diyana memberitahu suaminya tidak pun menolak permintaan peminat sewaktu kejadian.

"Walaupun kami sudah betul-betul terlambat, Aaron tetap melayan peminat untuk bergambar bersama. Malah, Aaron siap bertanya ada lagi tak peminat yang belum bergambar ketika itu.

"Saya betul-betul tak faham kenapa Aaron pula dituduh hanya berdiam diri saja. Padahala dia dah menurut permintaan untuk gambar. Saya agak kesal orang masih cakap Aaron sebegitu.

"Terus-terang, saya bukan PA Aaron tapi pengurus dia. Pada kebiasaan, PA akan bertukar-tukar mengikut majlis yang dihadiri Aaron," ujarnya.

Membetulkan keadaan, Diyana sememangnya mengetahui tuduhan yang ditundingkan kepadanya. Hakikatnya, Diyana hanya mampu menerimanya dan tidak mahu mengambil pusing akan hal berkenaan.

"Seriously, saya tak kisah apa orang nak kata. Saya memang tahu orang semua tuduh saya adalah PA Aaron. Yang penting, saya dah jalankan tugas saya demi suami saya. Bagi saya, saya tidak perlu nak layan sangat hal ini. Saya tidak mahu layan benda-benda negatif. Dia orang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu apa yang terjadi.

"Sekali lagi, PA Aaron akan bertukar-tukar dan tidak semestinya orang yang sama. Untuk hal ini, Aaron tidak cakap apa-apa. Tapi saya hanya ikut apa pesanan Aaron. Segala fitnah yang diberikan ada kebaikan untuk kita pada masa akan datang. Biar orang fitnah kita, tapi jangan kita fitnah orang," jelasnya yang dalam keadaan tidak sihat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers