Kim Kardashian: Betul, Saya Hamil Anak Kanye West!


kim kardashian, Kanya West, rapper, penyanyi, penyanyi wanita, penyanyi, hamil, artis luar negara, berita, gambar, hollywood, bollywood, k-pop, Korea, berita terkini, selebriti


LOS ANGELES, 4 JAN 2013: Nampaknya tahun 2013 benar-benar membawa kegembiraan buat bintang realiti TV, Kim Kardashian kerana dia dan kekasihnya, Kanye West bakal menanti cahayamata pertama mereka.

Selepas beberapa jam, kekasihnya itu mengumumkan bahawa Kim sedang hamil dan mereka sedang menanti bayi pertama mereka, bintang Kourtney & Kim Take Miami itu terus mengesahkan berita berkenaan di laman blognya.

"Betul! Saya dengan Kanye sedang menanti bayi pertama kami dan kami rasa sangat bertuah kerana dapat menambah ahli bilangan keluarga dan amat berharap agar ibunya dan bapa saya akan turut berada di sini untuk meraikan berita yang cukup menggembirakan ini," kata Kim Kardashian, 32.

Bapa Kim, Robert Kardashian yang juga seorang peguam terkemuka mati akibat kanser esophageal pada 2003 dan ibu Kanye, Donda pula meninggal dunia, 4 tahun selepas itu.

Kanye West dan Kim Kardashian sudah 9 bulan berdating.

"Saya tidak sabar meraikan permulaan 2013 dan membina keluarga. Happy New Year!!! Xo," kata Kardashian.

Rapper Kanye West,35, telah mengumumkan kehamilan Kim itu sewaktu menjayakan konsert di Atlantic City, baru-baru ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers