KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2012: Pertama kali membawakan drama bernaskah berat, aktres Lisa Surihani akui agak sukar untuk membayangkan situasi yang serius yang terpaksa dilaluinya dalam drama bersiri berjudul, Mana Hilangnya Juwita.
Pun begitu, Lisa Surihani berkata, dia cuba sedaya upaya untuk memahami penderitaan yang dialami Anggun - watak yang dibawakannya di dalam drama bersiri tersebut yang kehilangan seorang adik bernama Juwita.
"Mana Hilangnya Juwita merupakan sebuah drama yang berat dan memaparkan isu-isu berat serta masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat serta dunia realiti hari ini.
"Namun, andai ianya terjadi pada diri saya sendiri, pasti saya akan berasa bimbang dan sanggup berbuat apa saja untuk mencari adik kandung saya.
"Cuma apa yang sukarnya adalah apabila saya perlu membayangkan bertapa seriusnya situasi yang berlaku dalam drama ini.
"Boleh dikatakan, dalam pencarian mencari Juwita, saya menghadapi pelbagai babak kehidupan sosial yang agak serius seperti terpaksa pergi ke rumah pelacuran yang saya sendiri tidak pernah alaminya," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my
Drama bersiri Mana Hilangnya Juwita, 15 episod bakal ditayangkan di Astro Ria mulai 9 Julai ini, pukul 10 malam.
Selain Lisa, drama yang diarahkan oleh Joeza Rasidi turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Erra Fazira, Datin Umie Aida dan Zahiril Adzim.
Pertama kali digandingkan dengan Zahiril Adzim dan Umie Aida, Lisa Surihani akui agak gementar dan dalam masa yang sama gembira kerana dapat menimba pengalaman baru.
"Saya dan Bob (Zahiril Adzim) sudah lama kenal, namun baru pertama kali digandingkan bersama dengannya. Saya tahu dia seroang pelakon teater yang punya cara lakonan dan pemahaman yang agak berbeza dan ia membuatkan saya lebih gementar.
"Tapi saya seronok kerana dapat mendalami ilmu lakonan dengan dia, begitu juga dengan Umie Aida punya lebih berpengalaman dalam bidang lakonan," jelasnya.
Bercakap mengenai wataknya sebagai Anggun, Lisa menceritakan, Anggun adalah seorang kakak yang sangat bertanggungjawab serta mempunyai misi mencari adiknya, Juwita di Kuala Lumpur.
"Menetap di sebuah kampung di Johor, Anggun terpaksa mencari adiknya di Kuala Lumpur yang sudah dua minggu hilang tanpa khabar berita.
"Kisah bermula di Kuala Lumpur, apabila Anggun berhadapan dengan pelbagai situasi dan masalah sosial yang berlaku sebelum menjumpai adiknya," ceritanya secara ringkas.
Lisa masih lagi menjalani penggambaran Mana Hilangnya Juwita yang baru sahaja selesai episod empat dan akan meneruskannya sehingga Ramadan ini.
Tudia kena belakon time puasa nie. Memang mencabar jiwa dan raga serta dosa dan pahala Lisa oiii. Kang tak pasal-pasal mana perginya pahala ku di Ramadhan ini?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.