KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2012: Setelah kisah panas mengenai kepala Yatt Hamzah melekat di sejadah, yakni sebelum dia berhijrah menjadi bualan setelah menjadi tajuk hadapan sebuah tabloid, dia kini tidak lagi mahu menggembar-gemburkan kisah tersebut.
Bagi Yatt, cukuplah dia berkongsi sedikit kisah itu dengan peminat khususnya yang mahu mengetahui kisah disebalik penghijrahannya itu.
"Saya tidak mahu lagi memperkatakan hal tersebut kerana takut ada yang salah faham. Tapi apa yang anda baca tersebut, itulah yang saya lalui.
"Semua yang berlaku ini adalah daripada diri saya sendiri. Penghijrahan membuatkan saya kembali kepada fitrah saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang lebih terbaik daripada sebelum ini,"ulasnya yang tidak mahu memperkatakan kisah disebalik penghijrahannya itu.
Menurut pelakon siri popular Dunia Baru ini walaupun sudah berhijab namun rezekinya semakin bertambah dan jika rezeki memihak kepadanya dia bakal menjadi salah seorang personaliti TV Al-HIjrah.
"Walaupun kebanyakkan tawaran kini tidak sesuai dengan penampilan saya namun begitu tawaran daripada pihak yang menghargai penampilan terkini saya juga tidak kurang banyaknya.
"Ada pihak yang menghubungi untuk menjadikan saya duta produk mereka antaranya pakaian dan juga tudung dan Alhamdulillah saya juga menerima banyak tajaan. Itu juga merupakan rezeki buat saya selepas berhijrah.
"InsyaAllah jika tiada aral melintang saya akan menjadi hos bagi rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah. Menjadi pengacara rancangan agama sedikit sebanyak membolehkan saya mendalami ilmu agama," tambahnya lagi.
Terlebih dahulu bulan lepas sebuah akhbar tabloid memaparkan kisah "Kepala Yatt Melekat" dan antara isi kandungan menceritakan kisah Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah mengenai kepalanya yang melekat ketika melakukan solat hajat selepas pulang daripada kelas usrah.
Pada sujud yang terakhir tersebut dia melihat bagaimana azab siksa api neraka bagi mereka yang tidak menutup aurat dan kepalanya tidak boleh diangkat. Rentetan daripada itu Yatt telah mula merubah penampilan dengan berhijab bermula sejak 5 April 2012.
Yatt apa yang dilihat ada dunia kategori, satu Hidayah daripada Jin yang bermakam tinggi, dan satu lagi Hidayah daripada Allah S.W.T. Apa-apa pun buang yang keruh ambil yang jernih, yang baik dijadikan tauladan, jangan buruk dan jahat dijadikan sempadan, kias banyak2 pun buat pening kepala, tepuk dada tanya ilmu, rujuk lah pada yang ahli dalam babnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.