iskandarX Society - Roslan Shah Saksi Azwan Ali, Ifa Raziah Berdamai



KUALA LUMPUR, 5 JULAI2012: Ingin melihat rakan-rakannya berbaik semula, pengacara dan penyanyi, Roslan Shah akui telah berjaya menemukan serta mendamaikan dua rakannya, Azwan Ali dan Ifa Raziah yang ketika itu telah sama-sama menjayakan majlis rakaman raya untuk sebuah program hiburan, Galaksi, baru-baru ini.



Malah, Roslan Shah berkata dia bersyukur dan bergembira kerana dapat menyaksikan kedua-dua rakannya yang sebelum ini pernah bergaduh serta berpatah arang itu kembali berbaik semula dengan bersalaman serta bermaaf-maafan.


"Saya gembira sangat kerana Azwan Ali telah menyatakan hasratnya kepada saya untuk meminta dipertemukan bersama Ifa Raziah untuk berdamai. Sebelum ini pun, saya pernah memberitahu Ifa supaya berbaik semula dengan Azwan meskipun dia tidak dapat berkawan rapat dengannya seperti dulu.


"Kebetulan, kami dalam satu rakaman yang sama, jadi saya pun menarik Azwan Ali untuk bersemuka dengan Ifa Raziah. Saya bersyukur sangat-sangat apabila dapat menyaksikan mereka bersalam-salaman serta bermaaf-maafan," katanya yang dihubungi oleh murai.com.my


Selain Roslan Shah, sesi bersalaman dan bermaafan itu turut disaksikan oleh juru mekap dan krew produksi rakaman tersebut.


Roslan Shah berharap lagi selepas ini, kedua-dua rakannya itu tidak akan bersengketa lagi atau menyimpan dendam di antara mereka sampai bila-bila.


"Sebelum ini pun, saya pernah bergaduh dengan Azwan Ali tetapi kami sudah berbaik semula. Cuma saya tidak dapat berkawan rapat lagi dengannya seperti waktu dulu-dulu.


"Lagipun, sebagai umat Islam, kita patut sedia memaafkan orang lain dan tidak baik bermusuh-musuhan dalam tempoh yang lama," luahnya lagi.


Terdahulu, Azwan Ali sudah meminta maaf secara terbuka kepada Ifa Raziah menerusi program Propaganza.Namun, Ifa Raziah menerusi program yang sama masih tidak dapat memaafkannya selagi peserta MasterChef Selebriti tersebut tidak bersemuka untuk bermaafan dengannya.


Tak habis-habis Azwan Ali nie nak buat berita hangaitt dipasaran, kalau iapun nak minta maaf pegi la jumpa, bersemuka, bersekepala, baru lah Ifa Raziah boleh terima permohonan hang tu. Agak-agaklah mentang-mentang dok host acara tv macam-macam sampaikan pula nak minta maaf pun pakai saluran tv, ini bukan program tv Azwan Ali oii nie realiti kehidupan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers