iskandarX Society - Jinbara Bikin Showcase Kolaborasi Mental Esok



KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2012: Sempena kemunculan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, kumpulan rock Jinbara akan tampil dengan sebuah showcase istimewa di Club Sixty3 di Hotel Sheraton Imperial pada esok hari bermula jam 8 malam.






Showcase yang turut dinamakan sebagai Kolaborasi Mental ini akan memperlihatkan Jinbara beraksi bersama dengan beberapa artis undangan seperti Awanband, Payslip dan Fiq.


Dalam showcase ini juga, Jinbara bukan saja akan menyampaikan himpunan lagu popular sedia ada mereka tetapi juga turut memperdengarkan lagu-lagu yang telah dimuatkan di dalam album Kolaborasi Mental.


Misalnya, Milik Siapakah Gadis Ini yang pernah dipopularkan Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad, Biru Mata Hitamku (Wings) dan Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Blues Gang).


Menariknya, Jinbara telah memberikan interpretasi mereka yang tersendiri terhadap susunan muziknya serta berkolaborasi dengan beberapa artis lain untuk setiap satu lagu tersebut.


Dalam lagu Milik Siapakah Gadis Ini, Jinbara telah bergandingan dengan Fiq, Biru Mata Hitamku bersama Ramli Sarip, manakala Oh! Mama Saya Mahu Kahwin dengan Awi Rafael.


Kolaborasi Mental turut memuatkan lagu Hilang ciptaan Allahyarham Andie Rahman yang dipersembahkan Chepot Jinbara secara solo serta lagu Chinta hasil karya Yankee, seorang komposer yang pernah menghasilkan lagu hit, Kasihnya Laila.


Lagu Chinta ini turut menyaksikan Jinbara bersama vokalis kumpulan Taxi, Cidin iaitu sebuah kumpulan yang pernah menjuarai sebuah program realiti radio, Twisties Bingit bagi Musim 3.


Sepanjang showcase ini diadakan juga, penonton yang bertuah akan berpeluang untuk menyaksikan video muzik Milik Siapakah Gadis Ini yang telah dijayakan Jinbara dan Fiq.


Penggambaran video muzik ini telah dilakukan pada 17 Jun yang lalu serta mengambil masa selama 6 jam untuk disiapkan dengan melibatkan 2 lokasi iaitu diDot-Life Studio, Wangsa Walk dan di perkarangan Wangsa Walk.


Pembikinan video muzik yang bermula pada jam 1 tengahari dan berakhir pada 7 malam ini telah diarahkan Khairul Hazwan daripada produksi RotikayaEntertainment. Manakala, pakaian yang digunakan sepanjang sesi penggambaran ini pula adalah tajaan Kos Serani Design & Collections.


Bagi anda yang mahu menyaksikan showcase Jinbara ini, anda hanya perlu membayar RM25 di kaunter yang telah disediakan di perkarangan Club Sixty3, Hotel Sheraton Imperial.


Bagi yang ingin mengabadikan lgu Milik Siapakah Gadis Ini sebagai nada dering peribadi pula, anda boleh ikuti arahan muat turun berikut. Bagi Maxis Caller Ringtones, dial *131*255215#dan tekan call/send, ataupun layari http://www.musicunlimited.com.my.


Bagi Celcom Call Me Tones, sila dial *888*152755# dan tekan call/send, atau pun dengan melayari http://www.thecube.my.


Manakala bagi Digi Caller Tunes pula, anda boleh dapatkan lagu ini denganmenaip CT0149857 dan hantar ke 2000 ataupun dengan melayari http://ct.digi.com.my.Bagi mendapatkan U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*356795# dan tekancall/send, ataupun layari http://www.u.com.my.


Sejak mula dirilis pada Mac lalu, Milik Siapakah Gadis Ini sudah mula mendaki carta radio. Malah, setelah lebih 3 bulan kekal di carta radio, lagu ini kini menduduki tangga 5 lagu teratas, sekaligus membuktikan lagu ini digemari peminat muzik tanah air!


Yeeeaaahhhh, sapa yang suka dengar lagu jin dan setan jangan lupakan dia Tanahair kita ada kumpulan Jin iaitu Jinbara, bakal mengegarkan di Club Sixty3 di Hotel Sheraton Imperial pada esok. Kepada sesiapa yang nak pegi tengok konsert esok eloklah bawak pemada api bersama-sama(bukan apa untuk keselamatan) mana nak pi tau kot-kot masa dok dengar konsert badan terbakar dek kena lantonan musik oleh JINbara.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers