iskandarX Society - Rozita Che Wan Selebriti Paling Seksi 2012



KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2012: Meskipun sering dilanda gosip dan cerita yang panas, aktres Rozita Che Wan tetap disayangi peminat sehingga dia dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi di malam kemuncak Anugerah Stail EH! yang berlangsung pada semalam di Grand Dorsett Subang.






Pada malam tersebut, Rozita tampil anggun dalam busana gaun pendek ilham Qudyn berona pastel dan perincian renda hitam perancis sarat bersulam jemeki. Ditemani jejaka yang sering dikaitkan dengannya iaitu Zain Saidin, Rozita nyata terkejut dengan gelaran terbaru miliknya itu.


"Saya terima anugerah ini sekali dengan hati yang terbuka kerana ini adalah pilihan peminat. Mereka yang menilai saya dan apa jua anugerah yang diberikan saya terima. Tetapi seksi bukan satu perkara yang tidak elok dan seksi tidak semestinya terdedah sana sini.


"Bagi saya seksi itu subjektif, mungkin pembawakan diri saya yang kelihatan seksi bukannya kerana pemakaian saya terdedah hingga keterlaluan kerana saya masih tahu batas dalam berpakaian.


"Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang mengundi saya, tidak kiralah kategori apa pun selagi nama Rozita Che Wan dihargai, saya bersyukur masih menjadi antara yang terpilih,"ujarnya yang membawa pulang gelaran ini buat kali kedua.


Portal Murai turut bertanyakan kepada Rozita tidakkah dia takut digelar simbol seksi mahupun seks dengan berseloroh dia menjawab ia terpulang kepada umum.


"Benda macam itu bukan kita yang mahu, tetapi kalau orang yang gelarkan kita sebegitu saya tidak boleh menutup mulut mereka.


"Tetapi kalau boleh saya tidak mahu digelar dengan perkara-perkara yang tidak elok seperti itu, biarlah orang cakap yang baik-baik pasal kita," tambahnya lagi.


Ketika Anugerah Stail EH! 2010, Rozita bukan hanya dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi malah Selebriti Wanita Tubuh Badan Cantik sehingga diangkat sebagai pemenang keseluruhan menggondol gelaran Anugerah Stail EH! 2010.


Namun untuk anugerah yang memasuki siri ketiga ini, Rozita Che Wan tewas ditangan Fazura yang telah merebut gelaran Anugerah Stail EH! untuk tahun 2012.


Keputusan rasmi Anugerah Stail EH! 2012


Selebriti Harapan Pilihan - Izara Aishah


Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik - Fouziah Gous


Selebriti Lelaki Bentuk Badan Cantik - Anding


Jurusolek Selebriti Pilihan - Najeeb Azami


Pereka Fesyen Pilihan Selebriti - Rizman Ruzaini


Selebriti Mesra Peminat - Shila Amzah


Pasangan Selebriti Pilihan - Noh & Mizz Nina


Selebriti Wanita Paling Seksi - Rozita Che Wan


Selebriti Lelaki Paling Seksi - Hans Issac


Selebriti Paling Fotogenik - Scha Al Yahya


Selebriti Pilihan Kulit Majalah - Fasha Sandha


Model Pilihan Majalah - Tengku Azura


Selebriti Serba Boleh - Aznil Hj Nawawi


Selebriti Pencapaian Terbaik - Datuk Siti Nurhaliza


Selebriti Wanita Paling Bergaya - Fazura


Selebriti Lelaki Paling Bergaya - Awal Ashaari


Hmmm memang dah diketahui dan jelas dan nyata, sememangnya Rozita Che wan Seksi tahap gaban, macam mana lah producer yang hidung belang boleh tak mengatai dengan hang cek Rozita oiiii? Hang yang dok seksa mata orang dengan aurat hang pastu hang gaduh orang nak menggatai megela dengan hang pulak? Aku pun xboleh tahan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers