iskandarX Society - Pengorbanan 7 Tahun Najeeb Azami Berbaloi



KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2012: Tujuh tahun lalu, jejaka berwajah hitam manis ini pernah bertugas di awan biru sebagai pramugara dengan sebuah syarikat penerbangan tambang murah tempatan.

Namun, dengan semangat keazaman yang semakin kuat, Najeeb Azami, 31 memberanikan diri dengan terjun ke bidang solekan dan mengambil keputusan untuk melaksanakan minatnya itu secara serius, lantas berhenti dari terus bergelar pramugara.


Semalam, usaha dan semangat Najeeb Azami sebagai jurusolek selebriti kesayangan ramai akhirnya terbalas apabila dia telah terpilih sebagai Jurusolek Selebriti Pilihan 2012 pada malam Anugerah Stail EH! 2012 yang diadakan di Hotel Grand Dorsett, Subang.


Sama sekali tidak menyangka akan kemenangan itu kerana menduga anugerah berkenaan mungkin berpihak kepada beberapa teman seangkatan sepeti Chomel dan Khir Khalid, dia bagaimapun bersyukur dengan pengiktirafan berkenaan.


"Syukur Alhamdulillah, pengorbanan saya meninggalkan kerja sebagai pramugara nampaknya dihargai pada malam ini.


"Terima kasih kepada undian pembaca setia majalah EH! dan juga blogger di luar sana yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada tugas saya.


"Bagi saya, tugas seorang jurusolek profesional terutama jurusolek kepada selebriti popular bukanlah satu kerja yang mudah dan ianya amat meletihkan dengan jadual kerja yang amat padat dari siang hingga malam.


"Bukan itu saja, sebagai jurusolek, saya bukan saja perlu mencantikan wajah mereka, malahan juga perlu bijak melayan dan berkomunikasi dengan baik kepada sesiapa sahaja yang berkerja dengan kita," kata Najeeb Azami bercerita mengenai resipi kejayaannya.


Najeeb Azami berjaya menumpaskan empat lagi saingan terdekatnya untuk kategori berkenaan iaitu, Chot, Chomel, Khir Khalid dan Razlan Bahari.


Dia cukup terkenal dengan gaya solekan urban dan sering menjadi pilihan beberapa selebriti popular tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Scha Al-Yahya,Maya Karin dan Faizal Tahir.
Anugerah yang sama pernah dimenangi jurusolek senior, Nurul Shukor pada penganjuran Anugerah Stail EH! dua tahun lalu.


Tambah Najeeb Azami, pengiktirafan seumpama itu dilihat positif bagi menghargai hasil kerja dan kreativiti jurusolek tempatan sebaris dengan tugas pereka fesyen.


"Dengan adanya anugerah ini, sebagai jurusolek saya akan berazam untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah.


"Pengiktirafan ini juga bagus bagi mengembangkan lagi perniagaan saya yang bukan saja dalam bidang solekan kerana saya sekarang sedang berjinak-jinak dengan syarikat pengurusan acara seperti majlis perkahwinan, meraikan kelahiran anak dan banyak lagi," katanya.


Najeeb Azami berkata, perniagaan yang diberi nama Kuntum By Najeeb (Facebook: kuntumbynajeeb) itu menguruskan pelbagai acara bermula dari dekorasi dalaman, barang hantaran dan tidak ketinggalan solekan.


Hahaha bidang makandam lanie pun dah diminati bukan sahaja oleh kaum perempuan malah kaum lembut serta kaum lelaki sejati pun ada yang jadi mak andam. Dunia-dunia apalah nak jadi zaman sekarang nie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers