iskandarX Society Selebriti - Shila Amzah Punya Rencana Untuk Berhijab



KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2012: Semakin ramai nampaknya selebriti wanita tanah air yang memilih untuk berhijab atau bertudung demi perubahan ke arah kebaikan.






Salah seorang selebriti yang dikhabarkan mempunyai impian mulia berkenaan adalah penyanyi remaja, Shila Amzah .


Ditemui portal murai.com.my ketika majlis Anugerah Stail EH! 2012, di Hotel Grand Dorsett, Subang malam tadi, Shila Amzah berkata dia menyimpan impian untuk berhijab tidak lama lagi dan sedang berusaha ke arah itu.


"Siapa yang tidak mahu bertudung. Dalam jiwa mana-mana wanita sekalipun, pasti akan mempunyai impian seperti ini. Cuma menunggu masanya saja. Insya Allah masanya akan sampai juga.


"Lagipun sekarang, saya sedang berjinak-jinak ke arah itu. Saya sudah mula memilih dalam soal berpakaian. Biarlah apa juga yang saya pakai selepas ini kelihatan sentiasa sopan, seperti yang saya pakai hari ini," katanya dengan penuh senyuman.


Sambil melihat wajah kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad yang turut menemaninya pada majlis berkenaan, Shila Amzah berkata antara individu yang selalu menyokong dirinya ke arah itu ialah ibunya dan juga buah hatinya itu.


Malah ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan Shila Amzah akan berhijab, ibu kepada penyanyi berkenaan melahirkan rasa gembira dan juga cukup positif sekiranya suatu hari nanti anaknya itu akan menyarungkan tudung.


"InsyaAllah. Semua itu kerja Tuhan. Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah. Mudah-mudahan khabar angin berkenaan akan menjadi kenyataan. Tetaplah mendoakan demi kebaikan dirinya.


"Malah ketika saya muda dahulu, saya mempunyai impian yang sama. Alhamdulillah bila tiba masanya saya bertudung juga. Saya percaya, sesiapa saja pasti akan bertudung suatu hari nanti," kata ibunya yang mendoakan kebaikan untuk anaknya.


Walaubagaimanapun dapat dilihat keikhlasan dan ketelusan hati pada wajah kedua-dua anak beranak itu. Sama-samalah kita mendoakan terbaik buat Shila Amzah.


Alhamdulillah lah kalau Shila ada niat yang sedemikian, tak sia-sia aku minat kat Shila, yang akhirnya ingin menutup aurat yang telah sekian lama terdedah dan bapak dia yang tanggung dosanya. Semoga makin murah rezeki dan bahagia disamping keluarga yang tersayang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers