KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Sejak kebelakangan ini, kisah mengenai artis tempatan terkena buatan orang, santau dan saka semakin berleluasa disebarkan pihak media.
Malah, ramai juga artis tempatan berani untuk tampil ke hadapan mengakui kisah-kisah seram dan keperitan mereka yang terkena sakit yang berpunca dari sihir.
Mengupas tentang isu ini, murai.com.my sempat meminta pendapat pakar perubatan Islam yang juga pengacara program Perangi Sihir di Astro Oasis, Datuk Hj Engku Ansaruddin Agus atau Pak Engku untuk memberikan pendapat.
"Secara jujurnya, para golongan artis tidak sepatutnya memberitahu dan menghebahkan hal terkena santau atau sihir ini kepada orang ramai.
"Tindakan menghebahkan cerita ini merupakan satu tindakan yang kurang wajar kerana artis berkenaan telah membuka pekung dan kelemahan sendiri. Ia juga membuatkan orang yang menghantar sihir itu gembira dan mengetahui apa yang dilakukan itu berjaya.
"Seandainya artis atau sesiapa saja sudah merasa terkena perbuatan terkutuk ini, cepat-cepatlah berjumpa dengan pakar perubatan Islam. Mencegah sebelum ia tersebar luas," katanya.
Dalam masa yang sama, Pak Engku tidak bersetuju dengan prinsip segelintir artis yang pura-pura terkena santau hanya untuk meraih publisiti.
"Saya memang ada mendengar akan hal ini. Sejujurnya, lebih baik jangan buat sebegitu kerana ia adalah satu kelakuan yang tidak baik.
"Janganlah sesekali mendekati perbuatan syirik ini dan sebagai umat Islam kita seharusnya memeranginya.
"Saya juga menyarankan kepada artis dengan menggunakan ayat-ayat Suci Al-Quran sebagai pendinding diri. Janganlah menggunakan pendinding ke arah kemungkaran atau pun syirik," jelasnya.
Sementara itu, sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan syikir, tontonilah program Perangi Sihir yang disiarkan secara langsung setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Oasis (saluran 106).
Menerusi program ini, anda boleh membuat sebarang pertanyaan denagn menghubungi Pak Engku secara terus.
Anda juga boleh membuat temujanji dan berjumpa Pak Engku dengan mengunjungi di Klinik Rawatan Komplimentari Yashfien di Desa Tasik, Sungai Besi.
Selalunya orang pi Mekah utuk mengerjakan Ibadat dan rukun Islam ke-5 dengan mengharapkan keredhaan dan Rahmat Allah S.W.T tanpa membawa niat atau nawaitu yang tertentu hanya semata-mata kerana dunia atau pun diri atau kepada diri orang lain dan hanya untuk Allah S.W.T. dan bukannya untuk tujuan komersial dan keuntungan semata-mata.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.