Singapura catat 465 kes baharu, jumlah keseluruhan lepasi 27,000 #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Singapura catat 465 kes baharu, jumlah keseluruhan lepasi 27,000 Singapura yang pada Jumaat melaporkan 1,275 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, hari ini mengesahkan 465 kes positif baru dengan majoriti besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing.

Singapura catat 465 kes baharu, jumlah keseluruhan lepasi 27,000 Singapura yang pada Jumaat melaporkan 1,275 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, hari ini mengesahkan 465 kes positif baru dengan majoriti besar melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja asing.


Dengan kes baru yang disahkan hari ini itu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara itu kepada 27,356 kes.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), data awal sehingga tengah hari, hari ini menunjukkan hanya empat kes melibatkan warganegara Singapura atau penduduk tetap.

Menurut Kementerian itu, mereka masih lagi  sedang mendapatkan butiran kes-kes terbabit dan akan memberikan maklumat tersebut kemudian.

Dalam data yang dikeluarkan pada lewat Jumaat, Kementerian itu menyatakan mereka terus mencatatkan jumlah kes dalam kalangan pekerja asing yang tinggal di asrama, termasuk dalam kilang yang dijadikan asrama, kerana ujian berterusan di premis berkenaan.

“Ini merupakan sebahagian daripada proses kami utnuk menguji dan memastikan status kesemua pekerja,” katanya.




Singapura sehingga kini telah mengklasifikasikan 1,327 sebagai kes komuniti, 580 kes import, 435 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 24,549 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja.

Sehingga hari ini, sejumlah 7,248 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah dibenarkan keluar hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

MOH menyatakan 1,124 kes yang disahkan masih berada di hospital dengan 18 di dalam unit rawatan rapi manakala jumlah kematian 21.

Kementerian itu berkata, 18,498 yang menunjukkan gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi disaring untuk COVID-19 dan diasingkan dan ditempatkan di fasiliti komuniti.

Pada Jumaat, Singapura mengenal pasti lima lagi kluster baru dan pada masa yang sama menutup dua kluster sedia ada, iaitu McDonald dan kawasan kerja pengubahsuaian di National Univerisiti Hospital.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers