Jururawat menyamar, berlakon ada simptom Covid-19 selepas permohonan buat ujian ditolak #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Jururawat menyamar, berlakon ada simptom Covid-19 selepas permohonan buat ujian ditolak SEORANG jururawat yang bertugas mengendalikan pesakit Covid-19 di Quebec, Kanada terpaksa berlakon dia mempunyai simptom wabak itu untuk diuji dan hasilnya amat mengejutkan.

Jururawat menyamar, berlakon ada simptom Covid-19 selepas permohonan buat ujian ditolak SEORANG jururawat yang bertugas mengendalikan pesakit Covid-19 di Quebec, Kanada terpaksa berlakon dia mempunyai simptom wabak itu untuk diuji dan hasilnya amat mengejutkan.


Kristy-Lyn Kemp mahu dirinya diuji sebelum dipindahkan ke pusat jagaan lain kerana dia telah telah dikelilingi pesakit koronavirus, menurut Canadian Broadcasting Corporation pada 8 Mei.

Walaupun pada awal Mei dia diberitahu bahawa tidak perlu menjalani ujian, jururawat bantuan itu bertegas untuk dirinya diuji kerana dia mungkin membawa virus itu ke tempat kerja baharunya.

"Saya beritahu mereka bahawa saya datang dari persekitaran positif Covid, tetapi saya benar-benar tiada gejala. Mereka kata saya tidak memerlukan ujian,” kata Kemp.

Kemp berkata dia menghubungi talian hotline sekali lagi minta diuji, tetapi kali ini bertutur dalam bahasa Perancis agar tidak dikenali dan berbohong bahawa dia mengalami gejala.

”Saya reka gejala. Saya kata saya demam dan batuk dan mereka buat satu temu janji,” jelasnya.




Dia akhirnya diuji pada minggu yang sama dan tindakannya itu adalah langkah yang tepat kerana hasilnya menunjukkan keputusan positif.

"Sekiranya saya membawanya ke tempat baharu, saya tak tahu apa yang akan saya lakukan. Saya pasti sangat kecewa,” kata Kemp.

Dia sebelum ini bekerja di Center d'hébergement et de soins de longue durée (CHSLD) Résidence Herron di bandar Dorval hingga April.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Kanada, Robert Maranda berkata, keutamaan pemeriksaan adalah untuk pekerja kesihatan simptomatik yang bersentuhan langsung dengan pesakit Covid-19, sementara kakitangan CHSLD seharusnya diuji sama ada bergejala atau tidak, menurut laporan itu.

Sekiranya dia tidak diuji, Kemp menekankan akibatnya boleh menjadi bencana. - NY Post

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers