Platform beli-belah dalam talian perlu larang jualan haiwan marin terancam #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Platform beli-belah dalam talian perlu larang jualan haiwan marin terancam Pihak yang menguruskan platform beli-belah dalam talian perlu menghalang sebarang bentuk jualan haiwan marin terancam termasuk telur haiwan seperti telur penyu.

Platform beli-belah dalam talian perlu larang jualan haiwan marin terancam Pihak yang menguruskan platform beli-belah dalam talian perlu menghalang sebarang bentuk jualan haiwan marin terancam termasuk telur haiwan seperti telur penyu.


Jabatan Perikanan (DOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima aduan orang awam mengenai penjualan telur penyu dari Terengganu yang diiklankan dalam sebuah platform beli-belah dalam talian popular pada Selasa lepas, dan pada 13 Mei (Rabu) iklan berkenaan didapati telah digugurkan.

DOF memberitahu semua negeri telah melarang penjualan semua spesies penyu termasuk telur penyu kecuali Terengganu yang hanya melarang penjualan bagi spesies Penyu Belimbing sahaja.

"Penguatkuasaan ini adalah mengguna pakai Enakmen/Kaedah-Kaedah Perikanan Penyu dan Telur Penyu Negeri," menurut DOF.




Penyu merupakan antara hidupan marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985, Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 pindaan 2019 serta Enakmen/Kaedah Perikanan Negeri.

Terdapat empat spesies penyu di Malaysia iaitu Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), Penyu Agar (Chelonia mydas), Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Lipas (Lepidochelys olivacea) dan kesemua penyu itu dikategorikan sebagai terancam dan dilindungi sepenuhnya.

"DOF memandang serius terhadap sebarang aktiviti penjualan tersebut bagi memastikan kemampanan sumber haiwan marin terancam di Malaysia," menurut jabatan itu.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers