Guru cacat penglihatan hasilkan bahan bacaan braille khusus #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Guru cacat penglihatan hasilkan bahan bacaan braille khusus Dilahirkan tanpa deria penglihatan, jelas membayangkan kesulitan yang dilalui seorang guru braille, S. Gomathi dalam menempuh kehidupan, namun kepayahan itu langsung tidak menghalangnya berbakti sesama insan.

Guru cacat penglihatan hasilkan bahan bacaan braille khusus Dilahirkan tanpa deria penglihatan, jelas membayangkan kesulitan yang dilalui seorang guru braille, S. Gomathi dalam menempuh kehidupan, namun kepayahan itu langsung tidak menghalangnya berbakti sesama insan.


Berkhidmat di Rumah St. Nicholas untuk orang cacat penglihatan, Gomathi, 36, memperkenalkan kaedah inovatif untuk menghasilkan bahan bacaan braille, khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kepekaan jari.

Setelah mengajar hampir tujuh tahun di rumah tersebut, beliau mendapati ramai pelajar yang menghadapi masalah kepekaan jari, untuk membaca ayat yang dicetak di atas kertas.

"Kebanyakan golongan yang menghadapi masalah kepekaan jari adalah orang tua dan juga penghidap penyakit kencing manis. Jadi saya telah cuba mengubah suai dan cuba menaip bahan bacaan pada kertas plastik keras dan ia dapat dibaca oleh mereka," katanya kepada pemberita sempena Sambutan Hari Guru di sini, hari ini.

Beliau berkata setiap hari, rutin hariannya bermula dari pagi iaitu menaip buku rujukan dan buka teks dalam braille, supaya gologan cacat penglihatan dapat membacanya.




"Sejak saya mula bertugas di sini, saya telah menghasilkan hampir 300 buku dalam tulisan braille termasuk buku rujukan dan buku cerita," katanya.

Sementara itu, Gomathi berkata cabaran peribadinya adalah untuk memastikan muridnya dapat menghafal semua huruf braille untuk membentuk perkataan dengan hanya enam titik.

Katanya, beliau mempunyai 18 orang murid dan setiap murid memerlukan tempoh tiga hingga enam bulan, sebelum mereka dapat membaca huruf braille.

"Kami sebagai guru harus tetap kuat. Saya gembira kerana setelah belajar di sini, saya dapat kembali dan melayani generasi pelajar seterusnya di sini," kata Gomathi yang juga bekas pelajar di rumah tersebut.

Gomathi yang juga lepasan Universiti Malaya dalam pengajian Melayu berkata sasarannya adalah supaya semua buku dapat ditulis dalam kertas plastik keras, supaya semua golongan bermasalah jari dapat membacanya.

"Kos untuk menulis di atas plastik adalah agak mahal dan saya berharap pada masa hadapan, kita akan mampu menulis huruf braille dalam kertas plastik keras," katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers