Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 17,000 kes #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 17,000 kes Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 17,000, dengan kes kematian berjumlah 1,089 orang.

Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 17,000 kes Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 17,000, dengan kes kematian berjumlah 1,089 orang.


Sebanyak 529 lagi kes positif baharu virus itu direkodkan bagi tempoh 24 jam, menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti COVID-19 di Indonesia kini seramai 17,025 orang.




Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13 lagi kematian berlaku, menjadikan kes kematian akibat virus itu kini berjumlah 1,089 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (183 kes), Jawa Barat (100) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers