Awas! Scam beritahu mangsa kontak pesakit Covid-19 #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa #youtube #nuffnang #syawal #shawwal

Awas! Scam beritahu mangsa kontak pesakit Covid-19 KINI muncul scam atau penipuan berupa pesanan teks yang memaklumkan orang ramai mungkin dijangkiti Covid-19.

Awas! Scam beritahu mangsa kontak pesakit Covid-19 KINI muncul scam atau penipuan berupa pesanan teks yang memaklumkan orang ramai mungkin dijangkiti Covid-19.


Pakar daripada The Chartered Trading Standards Institute (CTSI) memberi amaran bahawa penipuan itu, susulan kerajaan United Kingdom (UK) mencuba aplikasi pengesanan kontak Covid-19 di Isle of Wight.

Ketua pegawai di CTSI, Katherine Hart berkata: "Kita telah menyaksikan penipuan yang semakin meningkat berkaitan dengan Covid-19 sejak perintah berkurung dilaksanakan.

"Saya amat bimbang apabila penipuan yang menggunakan aplikasi pengesanan kontak muncul, walaupun aplikasi NHS rasmi hanya dalam fasa pengujian terhad di Isle of Wight."

Mesej penipuan itu memaklumkan penerima bahawa mereka mempunyai kontak dengan seseorang yang disahkan positif Covid-19.






Pesanan teks untuk menipu mangsa.

Mesej tersebut menyebut: "Seseorang yang mempunyai kontak dengan anda telah disahkan positif atau mempunyai gejala Covid-19. Anda dinasihatkan menjalani kuarantin sendiri atau membuat ujian saringan."

Ia turut menyertakan pautan ke laman web palsu yang meminta mangsa memberikan butiran peribadi.

Menurut CTSI, penipu akan menggunakan maklumat peribadi tersebut untuk akses ke akaun bank atau melakukan bentuk penipuan identiti lain. - Mirror

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers