Penderma darah dalam peratusan rendah

Penderma darah dalam peratusan rendah | KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang kadar peratusan pendermaan darah masih rendah iaitu hanya 57 peratus daripada jumlah sasaran.



Peratusan derma darah rendah


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun pelbagai promosi dijalankan KKM dan rakan media, pencapaian kutipan darah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga kini masih belum memuaskan.

Beliau berkata, penurunan kutipan darah itu amat membimbangkan memandangkan lebih banyak perkhidmatan elektif di hospital KKM mula beroperasi.

"Perkhidmatan elektif itu termasuk prosedur pembedahan iaitu penggunaan darah meningkat daripada purata 9,000 beg darah seminggu kepada 13,076 beg pada minggu PKPB.

"Terdapat juga peningkatan kes-kes kemalangan sebanyak lima hingga 10 peratus yang memerlukan rawatan di hospital.

"Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti perayaan lain yang bakal tiba, kebiasaannya didapati pola pendermaan darah adalah rendah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Susulan itu, katanya, KKM menyeru orang ramai untuk menderma darah di Pusat Darah Negara dan tabung-tabung darah seluruh negara supaya bekalan darah mencukupi.

"Operasi perkhidmatan Pusat Darah Negara dan juga Tabung Darah yang lain sudah dilanjutkan sehingga jam 9 malam sepanjang Ramadan bagi memudahkan orang ramai untuk menderma selepas waktu berbuka puasa.

Penderma darah dalam peratusan rendah | KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bimbang kadar peratusan pendermaan darah masih rendah iaitu hanya 57 peratus daripada jumlah sasaran.


"Adalah dijelaskan, transfusi darah komponen penting dalam perawatan pesakit di fasiliti kesihatan seperti hospital terutamanya untuk mangsa kemalangan, ibu-ibu mengandung yang mengalami komplikasi pendarahan, bayi pra-matang, pesakit kanser dan Thalassemia, serta pesakit yang menjalani pembedahan major.

"Bekalan darah adalah diperlukan sepanjang masa, oleh itu bekalannya haruslah sentiasa mencukupi," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kadar penggunaan darah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac sehingga 3 Mei lalu, menurun.

Beliau berkata, ini mungkin disebabkan kadar kemalangan jalan raya yang memerlukan rawatan di hospital berkurangan sebanyak 60 hingga 70 peratus sepanjang penguatkuasaan PKP mulai 18 Mac sehingga 3 Mei.

"Semasa penguatkuasaan PKP, stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung-Tabung Darah di seluruh negara mengalami penurunan 40 peratus berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

"Misalnya kutipan darah semasa Mac 2018 sehingga Mei 2018 adalah sebanyak 111,328 beg, namun kutipan dari bulan Mac hingga Mei hanya 67,135 beg.

"Didapati jumlah kutipan darah sepanjang pelaksanaan PKP adalah hanya 60 peratus daripada jumlah sasaran," katanya.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah di laman sesawang Pusat Darah Negara; www.pdn.gov.my, laman Facebook Pusat Darah Negara, laman KKM atau rujuk Tabung Darah yang disediakan di setiap negeri.

Comments

  1. Sejak COVID-19 menyerang...rakyat tak fikir lain dah..kena plak PKP. KKM kena buat kempen derma darah lah cerita dia

    ReplyDelete
  2. tabung darah mmg sentiasa xcukup cheery sbb darah dalam bank tu pun bukan leh tahan lama lama dia membusuk sebelum pkp pun xramai yg suka derma darah maybe depa ingat darah xpenting

    ReplyDelete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers