B40, OKU boleh segera memohon | ISI rumah bawah 40 (B40) dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma digesa membuat permohonan segera yang masih dibuka hingga 31 Mei ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu makluman berkata, pemohon yang berminat menerima dekoder percuma myFreeview perlu mengisi borang di laman sesawang www.mytvbroadcasting.my/B40.
"Pemohon diminta mengisi butiran diri yang lengkap iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh serta nombor telefon atau menghubungi MYTV Careline di talian 1800-18-1088/1-300-80-6988 untuk memudahkan proses pengagihan set dekoder percuma myFreeview kepada mereka yang layak.
"Semakan kelayakan juga boleh dibuat melalui dua saluran yang dinyatakan di atas dan sebarang pendaftaran selepas tarikh akhir iaitu 31 Mei tidak akan diproses," katanya.
Menurutnya, inisiatif pemberian dekoder tambahan myFreeview secara percuma itu adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mengakses informasi dan hiburan secara mudah, percuma dan berkualiti melalui penyiaran TV digital.
"MCMC memperuntukkan 300,000 dekoder tambahan kepada isi rumah B40 dan OKU di seluruh negara.
"Ini adalah tambahan kepada dua juta dekoder percuma yang diperuntukkan syarikat MYTV sebelum ini dengan kos perolehan tambahan ditanggung sepenuhnya kerajaan," katanya.
Menurutnya, selepas tarikh tutup 31 Mei ini kelayakan permohonan isi rumah B40 dan OKU akan disemak dan penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai Jun.
"Kaedah penyerahan secara berkelompok hanya akan dipertimbangkan selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan," katanya.
MyFreeview adalah jenama platform TV digital tanpa bayaran bulanan menampilkan 15 saluran televisyen definisi tinggi (HD) dan enam saluran radio.
Selain mendapat maklumat dan menikmati hiburan, saluran myFreeview juga memberi peluang kepada penonton dan peniaga untuk melakukan peluang perniagaan melalui saluran beli-belah dari rumah.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.