KKM menyampaikan baucar prihatin kepada 3,285 PPK

KKM menyampaikan baucar prihatin kepada 3,285 PPK | SERAMAI 3,285 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) gred U11 dari 45 hospital menerima baucar prihatin daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berjumlah RM100,000, hari ini.

KKM menyampaikan baucar prihatin kepada 3,285 PPK | SERAMAI 3,285 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) gred U11 dari 45 hospital menerima baucar prihatin daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berjumlah RM100,000, hari ini.


Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, KKM menerusi Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia atau MedTweetMY menjalinkan kerjasama dengan Pasaraya Mydin untuk memberikan baucar berkenaan kepada petugas barisan hadapan bagi membeli barang keperluan menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, sumbangan itu diberikan bagi menghargai jasa PPK kerana mereka adalah golongan sering dilupakan.

"PPK adalah golongan membantu pelbagai pihak di hospital termasuk doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan serta petugas kesihatan lain dalam memastikan pesakit mendapatkan penjagaan baik sepanjang dirawat di fasiliti kita.

"Inisiatif ini bukan saja menghargai pengorbanan mereka selama ini, malah membantu meringankan beban petugas barisan hadapan ini untuk menyediakan barangan untuk menyambut Aidilfitri.

"Pihak kementerian sentiasa mengalu-alukan usaha dilakukan pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu kerajaan menghadapi pandemik Covid-19," katanya dalam ucapan sebelum menyerahkan cek RM100,000 kepada Ketua Penolong Pegawai Perubatan, Dr Md Zaki Othman di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Azmi berkata, ia bukanlah inisiatif pertama dilakukan MedTweetMY kerana sebelum ini pihak terbabit berjaya mengumpul RM900,000 daripada orang ramai untuk membantu petugas barisan hadapan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan selain Projek Prihatin itu, beberapa lagi projek turut dilaksanakan pertubuhan itu termasuk Projek Khemah, Projek Utiliti Klinik Kesihatan, Projek Tudung dan Projek Air Purifier.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers