Bahan organik mereput menghasilkan wap gas | WAP gas yang keluar dari batang paip selepas proses penggerudian telaga tiub di Kampung Lebai Abas, Beta Hulu, dipercayai terhasil daripada pereputan bahan organik di bawah tanah.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Kelantan, Che Abdul Rahman Jaafar, berkata bagaimanapun pihaknya akan meninjau lokasi penemuan gas itu dalam masa terdekat bagi mengenalpasti kejadian sebenar.
"Perkara seumpama ini biasa berlaku dan daripada kejadian sebelum ini lazimnya ia disebabkan pereputan bahan organik yang lama di bawah tanah dan kemudiannya menghasilkan gas.
"Apabila dijalankan penggerudian untuk buat telaga tiub, kemungkinan besar ia terkena mendapan bahan itu yang seterusnya mengeluarkan wap gas melalui batang paip yang dipacak," katanya ketika dihubungi, di Kota Bharu, hari ini.
Che Abdul Rahman berkata jangka masa pengeluaran wap gas itu tidak dapat dipastikan berapa lama kerana ia bergantung kepada jumlah mendapan bahan organik berkenaan.
Media melaporkan seorang mekanik, Baharudin Mustapa, 50, terkejut dengan penemuan wap gas yang keluar menerusi batang paip selepas dua hari kerja menggerudi telaga tiub.
Wap gas yang muncul sejak enam hari lalu itu turut disertai bunyi seakan menggelegak di dalam batang paip terbabit namun ia tidak berbau seperti gas memasak.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Wildan Azhari, berkata pihaknya sudah pergi ke lokasi dan sedang menyiasat kejadian itu.
"Dari penelitian yang dibuat, gas itu terhasil disebabkan lokasi sekitar adalah kawasan berpaya yang ditambun dan kemungkinan disebabkan bahan organik di dalam tanah yang mereput dan mengeluarkan wap gas.
"Kemunculan wap gas itu dipercayai mungkin akan berlaku untuk tempoh antara seminggu hingga dua minggu sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau juga berkata pemantauan rapi akan dibuat bagi memastikan tahap keselamatan penggunaan gas itu sama ada kepada pemilik rumah dan penduduk sekitar.
"Nasihat saya kepada orang ramai supaya berwaspada dan mengutamakan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan," katanya.
Wap gas hasil pereputan bahan organik

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.