20% kakitangan kerajaan diberi kerja di rumah | ARAHAN bekerja dari rumah untuk penjawat awam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih kekal hingga hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini kerajaan belum lagi mengeluarkan arahan untuk menarik balik arahan bekerja dari rumah.
Katanya, walaupun pejabat kerajaan sudah dibuka namun bukan semua kakitangan bekerja sepenuhnya dari pejabat.
"Sebenarnya masih tiada arahan untuk menarik balik kerja dari rumah. Kita sudah pun membuka pejabat tetapi tidak sepenuhnya.
"Daripada yang dibuka ini, 80 peratus bekerja di pejabat manakala 20 peratus lagi masih di rumah.
"Alasan 20 peratus ini kerja di rumah adalah seperti taska, tadika atau sekolah masih belum dibuka," katanya pada sidang media harian tadi.
Beliau mengulas sama ada penarikan semula arahan kerja dari rumah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan banyak pejabat sudah dibuka namun pusat asuhan masih tutup.
Mengulas lanjut ,Ismail Sabri berkata, mereka yang mempunyai anak masih dibenarkan bekerja dari rumah.
"Jadi mereka yang mempunyai anak-anak kecil belajar di tabika atau taska tetapi setakat ini belum dibuka... mereka masih boleh kerja di rumah.
"Arahan kerja di rumah masih lagi kekal sehingga hari ini," katanya.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.