Hospital Tuaran nafi Kuarantin kakitangannya | HOSPITAL Tuaran menafikan maklumat yang tular sejak pagi ini yang mendakwa 22 kakitangannya dikuarantin selepas seorang penduduk sekitar daerah ini disahkan positif Covid-19.
Malah, perkhidmatan Hospital Tuaran serta klinik daerah turut didakwa disekat.
Pengarah Hospital Tuaran Dr G Mohan berkata, semalam, laman Facebook (FB) Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung memuat naik laporan pertambahan pesakit Covid-19 dari Tenghilan di daerah ini.
"Bagaimanapun, kuarantin 22 kakitangan hospital ini di Pusat Kuarantin INTAN Kampus Sabah, Tuaran adalah prosedur biasa sebagai petugas barisan hadapan, tidak semestinya mereka mempunyai kaitan dengan pesakit berkenaan.
"Operasi Hospital Tuaran dan klinik-klinik daerah juga masih berjalan lancar. Bagaimanapun, di hospital, kita utamakan perkhidmatan kecemasan sahaja untuk mengekalkan penjarakan sosial," katanya.
Menurutnya, masyarakat Tuaran masih dibenarkan ke mana-mana klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.
"Kakitangan hospital yang dikuarantin ini adalah sebahagian daripada langkah pencegahan.
"Mereka akan kembali bekerja selepas keputusan saringan diterima mendapati mereka sihat," katanya.
Sehubungan itu, Dr Mohan menasihati orang ramai supaya mendapatkan pengesahan berkaitan kes seperti itu sebelum menularkannya.

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.