PKS Sarawak dibantu dengan dana RM1 billion

PKS Sarawak dibantu dengan dana RM1 billion | SEJUMLAH 1,388 permohonan pembiayaan berjumlah RM670 juta diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini untuk berdepan keadaan ekonomi tidak menentu kesan Covid-19.

PKS Sarawak dibantu dengan dana RM1 billion | SEJUMLAH 1,388 permohonan pembiayaan berjumlah RM670 juta diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini untuk berdepan keadaan ekonomi tidak menentu kesan Covid-19.


RM1 bilion bantu PKS Sarawak



Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, kerajaan negeri menerusi skim Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0 (BKSS 2.0) menyediakan dana RM1 bilion bagi tujuan berkenaan.

"Selain itu, BKSS 2.0 ini juga menyediakan program daya tahan perniagaan untuk memastikan PKS bangkit semula apabila ekonomi pulih" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan dokumen perjanjian bersama bank pembiaya yang disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Tujuh bank menjadi pembiaya skim BKSS 2.0 iaitu Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Bank CIMB, Public Bank, Bank Muamalat dan SME Bank.

Skim BKSS 2.0 diperkenalkan kerajaan negeri bagi membantu PKS untuk berhadapan dengan keadaan ketidakpastian ekonomi termasuk pinjaman mudah tanpa faedah.

Awang Tengah berkata, berdasarkan maklum balas diterima daripada PKS, mereka memohon supaya kemudahan pinjaman itu disediakan oleh lebih banyak bank.

Beliau berkata, PKS yang layak boleh membuat permohonan pinjaman secara langsung daripada mana-mana cawangan tujuh bank terbabit.

"Semua PKS mempunyai pilihan untuk memohon pinjaman skim ini secara kaedah Islamik atau konvensional.

"Bagi tujuan ini, kerajaan negeri juga akan menyerap kos faedah yang akan dikeluarkan kepada PKS," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers