Wanita disahkan mati akibat kanser ovari kembali bernafas #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
Wanita disahkan mati akibat kanser ovari kembali bernafas, beg mayat bergerak, Mangsa pada mulanya disahkan meninggal dunia akibat kanser ovari.
MATI hidup semula.
Mungkin itulah kata-kata tepat untuk menggambarkan apa yang dilalui wanita ini.
Selepas beberapa jam disahkan meninggal dunia oleh doktor, Gladys Rodríguez de Duartewan kembali bernafas semula.
Lebih mengejutkan, dia tersedar ketika dirinya terbaring di dalam beg mayat.
Dia yang menderita kanser ovari dimasukkan ke Klinik San Fernando di Coronel Oviedo pada petang Sabtu selepas mengalami komplikasi, lapor ABC Color.
Dalam dua jam, seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr Heriberto Vera mengesahkan kematian wanita berusia 46 tahun itu.
Ia ternyata mengejutkan suami dan anaknya selepas dimaklumkan mengenai hal itu.
Mangsa kemudiannya dibawa ke rumah mayat sebelum petugas melihat ada pergerakan dalam beg yang membawanya.
Selepas ditemui masih bernafas, mangsa dikejarkan ke unit rawatan rapi dan kini berada dalam keadaan stabil.
Suaminya, Maximino Duarte Ferreira turut membuah laporan atas kecuaian berkenaan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.