Hanya Kerana menu jemaah tabligh di India mengamuk lempar makanan di wad Covid-19 #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Hanya Kerana menu jemaah tabligh di India mengamuk lempar makanan di wad Covid-19, Kumpulan tabligh itu melemparkan makanan ke lantai wad dan mengancam petugas hospital Kanpur.

Hanya Kerana menu jemaah tabligh di India mengamuk lempar makanan di wad Covid-19, Kumpulan tabligh itu melemparkan makanan ke lantai wad dan mengancam petugas hospital Kanpur.

TIDAK puas hati kerana dihidangkan makanan bukan vegetarian, beberapa pesakit koronavirus dalam kalangan ahli jemaah tabligh India menimbulkan kekecohan di Hospital Kanpur Lala Lajpat Rai, baru -baru ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu itu, petugas hospital yang mengendalikan makanan pesakit di wad berkenaan telah dihalau kumpulan 15 pesakit berkenaan.

Mereka enggan makan menu yang dihidangkan dan memberi alasan kerana makanan itu bukan vegetarian, kata pentadbir hospital itu, Dr Arati Dave Lalchandani.

Vegetarian bermakna seseorang itu hanya makan sayur dan tidak menjamah daging, haiwan ternakan, ikan atau makanan laut.

Biasannya diet ahli tabligh itu adalah roti dan butter untuk sarapan dan bagi makan tengah hari dan malam pula dihidangkan nasi, dhal, roti, sayur dan buah-buahan.

"Pada Sabtu, petugas wad telah ke wad isolasi Covid-19 di aras tiga untuk mengagihkan makanan kepada ahli tabligh dan mereka menolak hidangan itu dan meminta makanan bukan vegetarian.

"Mereka meminta supaya menu diubah setiap hari kerana sudah bosan dengan makanan vegetarian," katanya.

Apabila tidak mendapat apa yang dihajatkan, mereka telah melempar makanan yang kaya dengan protein itu ke lantai.

Malahan, mereka cuba mengancam petugas berkenaan dan mengejarnya tetapi dia sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, anggota polis akan mengiringi petugas hospital setiap kali agihan makanan dibuat bagi mengelak sebarang masalah.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers