Banduan diarah berhimpit selepas berlaku keganasan dalam penjara #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Banduan diarah berhimpit selepas berlaku keganasan dalam penjara. Keadaan dalam penjara itu selepas berlaku 22 kematian pada Jumaat.

Banduan diarah berhimpit selepas berlaku keganasan dalam penjara. Keadaan dalam penjara itu selepas berlaku 22 kematian pada Jumaat.

BEBERAPA foto memaparkan banduan penjara di El Salvador dipaksa duduk berhimpit biarpun kini Covid-19 sedang melanda.

Foto yang memaparkan tiada penjarakan sosial diamalkan itu dirakam selepas berlaku rusuhan dalam penjara Izalco, minggu ini.

Kesemua banduan lelaki dipaksa berkumpul selepas presiden Nayib Bukele mengarahkan perintah berkurung 24 jam dikuatkuasakan di penjara itu.

Pada Jumaat sahaja, 22 banduan terbunuh selepas dilaporkan berlaku aktiviti keganasan.

Menurut Presiden Bukele, ketua geng yang terlibat akan diasingkan.

Malah katanya, perintah berkurung kecemasan secara maksimum akan dikenakan sepanjang siasatan polis berlangsung.

El Salvador memegang rekod sebagai negara paling tinggi jenayah bunuh di Amerika.

Malah, lebih 100,000 orang telah meninggalkan negara itu sejak beberapa tahun lalu ekoran ancaman geng jalanan.

Untuk rekod, perintah berkurung bagi Covid-19 di Salvador pula bermula pada 22 Mac lalu.

Malah, sesiapa yang ingkar akan dipenjarakan.

Sehingga kini, El-Salvador merekodkan 298 kes jangkitan dengan lapan kematian akibat Covid-19.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers