Biar Betul? Gempar foto dakwa Kim Jong-un dalam keranda #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Biar Betul? Gempar foto dakwa Kim Jong-un dalam keranda. Pemimpin Korea Utara itu kali terakhir dilihat di khalayak ramai semaasa perjumpaan Parti Pekerja, 11 April lalu.

Biar Betul? Gempar foto dakwa Kim Jong-un dalam keranda. Pemimpin Korea Utara itu kali terakhir dilihat di khalayak ramai semaasa perjumpaan Parti Pekerja, 11 April lalu.

SEKEPING gambar yangdidakwa menunjukkan Kim Jong-un meninggal dunia di dalam sebuah keranda kaca menjadi tular, meskipun ia palsu.

Pemimpin Korea Utara itu kali terakhir dilihat di khalayak ramai pada 11 April semasa perjumpaan Parti Pekerja.

Sejak itu, beberapa laporan mendakwa Jong-un sakit tenat selepas menjalani pembedahan jantung.

Malah, terdapat laporan mendakwa kemungkinan beliau telah meninggal dunia.

Menerusi sekeping fgambar yang dikongsi di media sosial, kelihatan menunjukkan diktator berkenaan sedang terbaring di sebalik selimut merah dengan matanya tertutup, dan kepala disandarkan pada bantal.

Ia kelihatan mirip seperti gambaran bapa beliau, Kim Jong-il, yang diambil semasa pemakamannya pada 2011, dan dilihat seperti telah melalui banyak suntingan.

Imej berkenaan yang tersebar di media sosial, telah dikreditkan kepada rangkaian Jepun, JNN News.

Bagaimanapun, kebanyakan perkongsian mendakwa ia berasal daripada rangkaian Hong Kong Satellite Television.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers