Pemimpin Korea Utara dilapor meninggal dunia, doktor didakwa menggigil ketika lakukan pembedahan #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
Pemimpin Korea Utara dilapor meninggal dunia, doktor didakwa menggigil ketika lakukan pembedahan. PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un, dikhabarkan telah meninggal dunia.
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Jong-un telah meninggal dunia.
Memetik New York Post (NYP), perkhabaran tersebut datang daripada salah satu media di Hong Kong, manakala Majalah Shuken Gendai dari Jepun melaporkan bahawa Jong-un koma setelah menjalani pembedahan jantung awal bulan ini.
Menurut NYP, Pengarah HKSTV Hong Kong Satellite Television, Shijian Xingzou dipetik sebagai berkata mendakwa bahawa Jong-un telah meninggal dunia.
Media itu menyebut maklumat diperolehi dari sumber yang sangat tepat. Perkhabaran itu juga tersebar luas di aplikasi popular China, Weibo.
Laporan NYP menyebut bahawa pembedahan cardiac stent yang dijalani oleh pemimpin berusia 36 tahun itu tidak berjalan lancar.
Doktor yang melakukan pembedahan itu didakwa gugup dan tangannya menggigil saat memasukkan stent atau ring ke pembuluh darah jantung Jong-un.
Bagaimanapun laporan tersebut belum disahkan.
Masih belum dapat disahkan tentang di mana keberadaan Jong un dan status dirinya.
Sebelum ini, memetik Reuters, Sabtu (25/4), pemerintah China telah menghantar pasukan perubatannya untuk memeriksa keadaan kesihatan Jong-un.Bagaimanapun salah seorang sumber di China menolak memberikan banyak komen berhubung perkara tersebut kerana memikirkan masalah ini cukup sensitif.
Jong un sebelum ini dilaporkan mengidap penyakit jantung dan dipercayai sempat menjalani rawatan di sebuah villa di wilayah Hyangsan.
Laporan CNN yang memetik portal berita Korea Selatan yang berpusat di Seoul dan dikendalikan warga Korea Utara yang berpaling tadah itu menyebut bahawa Jong un sedang menjalni proses pemulihan selepas pembedahan di sebuah resort di timur laut negara itu.
Spekulasi mengenai kesihatan Jong un muncul setelah dia kali terakhir muncul di media pemerintah Korea Utara pada 11 April.
Jong juga tidak hadir sambutan paling meriah negara iaitu ulang tahun kelahiran Kim Il Sung, pada 15 April.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.