Gempar! Imej satelit papar struktur binaan besar, timbul spekulasi ada raptai pengebumian Kim Jong-un #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Gempar! Imej satelit papar struktur binaan besar, timbul spekulasi ada raptai pengebumian Kim Jong-un, Imej satelit yang diterbitkan memaparkan binaan struktur besar di Pyongyang.

Gempar! Imej satelit papar struktur binaan besar, timbul spekulasi ada raptai pengebumian Kim Jong-un, Imej satelit yang diterbitkan memaparkan binaan struktur besar di Pyongyang.

BIARPUN Korea Utara menegaskan presiden Kim Jong-un masih hidup, berita mengenai kematiannya masih lagi bertebaran sehingga kini.

Terbaharu, wujud pendedahan imej satelit yang memaparkan binaan struktur gergasi di sebuah tapak perarakan di Pyongyang.

Binaan berkenaan biasanya digunakan dalam perarakan tentera, sekaligus menimbulkan dakwaan wujudnya raptai pengebumian Kim Jong-un.

Ia juga dikatakan hampir sama sewaktu kematian bapanya, Kim Jong-il pada 2012.

Kim Jong-un sudah tidak membuat kemunculan awam sejak 11 April lalu.

Pada Isnin, Korea Utara menegaskan pemimpin mereka masih hidup.

Kenyataan itu menepis dakwaan dia sudah meninggal dunia sebagaimana dilaporkan oleh media-media asing.

Malah, Kim Jong-un dikatakan berada di Wonsan sejak 13 April lalu.

Sebelum ini, tular laporan mengatakan dia meninggal dunia pada Sabtu malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers