ANAK SOLEH! Anak kongsi foto ‘sejuk mata’, ramai idam relationship goal sama... tapi tak semua ketua keluarga mampu buat seperti bapa gadis ini! #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
ANAK SOLEH! Anak kongsi foto ‘sejuk mata’, ramai idam relationship goal sama... tapi tak semua ketua keluarga mampu buat seperti bapa gadis ini!
“RELATIONSHIP goal... inilah yang dikatakan perkahwinan hingga ke jannah.”
Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang gadis di Twitter.
Perkongsian Nur Qhairunnisha Mohd Raziff memaparkan gambar ibu bapanya sedang bertadarus (mengaji) Al-Quran bersama dan kedua-duanya bersalaman selepas selesai menghabiskan bacaan kitab suci tersebut.
“My favourite view right now... Smiling face with three hearts. Ibu guide ayah baca Quran every night sebab ayah tak berapa lancar baca. Alhamdulillah,” demikian kapsyen yang ditulis bersama beberapa keping gambar yang dimuatnaik di laman sosial itu.
Sehingga kini perkongsian tersebut menjadi tular apabila meraih 11,700 retweet dan 31,400 like, selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya mengkagumi kedua-dua orang tuanya itu.
Posting Nisha di Twitter menjadi tular.
Ketika dihubungi mStar, gadis yang senang disapa dengan panggilan Nisha itu berkata, perkongsian tersebut dibuat secara suka-suka kerana merasakan ia momen yang indah apabila melihat kedua ibu bapanya saling memperbetulkan bacaan masing-masing.
“Sebenarnya saya suka tangkap gambar mereka dan simpan sebagai kenangan. Sebelum ini juga saya selalu muat naik gambar mereka berdua di media sosial.
“Kali ini saya saja kongsi sebab bagi saya, jarang untuk tengok orang perempuan guide lelaki mengaji. Tak sangka perkongsian itu mendapat perhatian ramai pula.
“Mudah-mudahan daripada perkongsian itu juga, mereka ambil positif contohnya lelaki mungkin segan tambah-tambah lagi bab agama. Jadi dari sini mungkin boleh sampaikan bahawa tak perlu malu kalau dibantu oleh pasangan kerana masing-masing mahu betulkan apa yang salah,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini lagi.
Sebenarnya ibu bukanlah ustazah atau guru mengaji. Tapi ibu rajin membaca Al-Quran setiap malam. Abah boleh mengaji dan lancar membaca Yasin, tapi katanya masih banyak lagi yang kena pertingkatkan untuk membaca dengan lancar.
NUR QHAIRUNNISHA MOHD RAZIFF
ANAK
Bercerita lebih lanjut, bapanya, Mohd Raziff Md Shariff tidak segan untuk meminta bantuan ibunya, Fauziah Leman kerana mahu mempertingkatkan kemahiran membaca Al-Quran.
“Sebenarnya ibu bukanlah ustazah atau guru mengaji. Tapi ibu rajin membaca Al-Quran setiap malam. Abah boleh mengaji dan lancar baca Yasin, tapi katanya masih banyak lagi yang kena pertingkatkan untuk membaca dengan lancar.
“Jadi dia akan sertai ibu mengaji tambahan lagi ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi mereka dapat luangkan lebih banyak masa untuk memperbetulkan kekurangan bacaan. Masing-masing saling mengajar dan belajar,” katanya yang juga anak kepada pasangan guru ini.
Kedua-dua ibu dan ayah Nisha merupakan seorang guru.
Nisha menambah, dia dan adik beradiknya juga tidak terkecuali untuk turut mengaji Al-Quran bersama-sama.
“Ayah punya prinsip, kalau buat sesuatu kena buat sama-sama. Contohnya solat, mengaji atau makan. Tambahan pula sekarang ni semua adik ada di rumah. Jadi yang ada kesempatan dan tak ada kelas online, mesti join ibu dan ayah,” ujar penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Bidang Kerja Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM).
Nisha dalam masa yang sama berkata dia terharu dengan komen-komen positif yang dilontarkan oleh netizen, malah amat gembira apabila ada yang memuji kedua ibu bapanya selain berimpian untuk mempunyai sebuah hubungan seperti mereka.
Antara komen netizen yang mengkagumi pendekatan kedua-dua ibu bapa Nisha.
“Ada yang komen dan mengatakan ia adalah ‘relationship goal’. Mungkin mereka melihat kedua-duanya saling melengkapi seperti definisi terma relationship goal itu.
“Tapi saya harap orang dekat luar sana jangan letak expectation tinggi takut mereka ingat keluarga kami ni alim... kami keluarga yang biasa-biasa je. Cuma apa yang boleh ditekankan, kalau nak belajar, usia itu bukan halangan.
“Selagi mana ia untuk tujuan belajar, ia tidak akan rugi kerana ia untuk kebaikan diri kita sendiri juga,” ujarnya mengakhiri bicara.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.