Di Katakan Kim Jong-un berkemungkinan cedera semasa ujian peluru berpandu #COVID19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Di Katakan Kim Jong-un berkemungkinan cedera semasa ujian peluru berpandu. Kim Jong-un dilihat kali terakhir di khalayak pada 11 April semasa mesyuarat Parti Buruh.

Di Katakan Kim Jong-un berkemungkinan cedera semasa ujian peluru berpandu. Kim Jong-un dilihat kali terakhir di khalayak pada 11 April semasa mesyuarat Parti Buruh.

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un mungkin mengalami kecederaan semasa pelancaran ujian peluru berpandu.

Keadaan itu sekali gus menjawab misteri kehilangannya, dakwa seorang pembangkang Korea Utara.

Khabar angin bertiup kencang mengenai kesihatan Jong Un sejak beliau gagal menghadiri pesta pertunjukan pemerintah pada 15 Apri lalu.

Malah, sejak itu diktator tersebut masih belum kelihatan di khalayak.

Terdapat laporan menyebut beliau menjalani pembedahan kardiovaskular sehingga menimbulkan spekulasi bahawa beliau mungkin parah, atau telah meninggal dunia.

Kedua-dua Seoul dan Washington telah melaporkan laporan tersebut, tetapi tiada bukti yang jelas mengenai sama ada beliau masih hidup di Pyongyang.

Bekas pegawai Parti Buruh, Lee Jeong Ho pada Isnin menulis di akhbar Korea Selatan, Dong-a Ilbo bahawa Jong-un pasti cukup sihat untuk membenarkan ujian peluru berpandu diadakan pada 14 April.

Tetapi terdapat kemungkinan boleh membuatkan beliau tercedera dalam proses berkenaan.

"Jong-un tidak hadir dalam laporan ujian, manakala tidak ada rakaman pelancaran peluru berpandu dan latihan pesawat tempur yang dilepaskan.

"Ia menunjukkan kemungkinan kemalangan yang tidak dijangka yang mungkin disebabkan oleh serpihan atau kebakaran," katanya. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers