Khasiat Sayur Bayam

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Khasiat Sayur Bayam serta biodata agronya dan juga asalusulnya semua is kongsikan dalam posting ini hasil dari carian is tentang khasiat sayur bayam.

Khasiat Sayur Bayam


Bayam ialah tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn). Di Malaysia, bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei.

Bayam dikenali di Malaysia dan Indonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phak Khom-suan (Thailand), Hom (Laos) dan Rauden (Vietnam). Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika Tengah dan Afrika tetapi dari genus yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.

Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.

Untuk dibuat ulam, daun dan batang muda dicelur atau direbus lalu dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasanya manis dan sedap.



Ciri botani

Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m. Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat. Bunga majmuk, kecil hijau, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji yang sangat kecil, berbentuk bulat, berwarna hitam.



Perbezaan bayam dan spinach

Terdapat kekeliruan dalam nama bayam dan spinach. Kedua-duanya adalah daripada keluarga yang sama iaitu Amaranthaceae tapi berlainan genus. Genus bayam adalah Amaranthus, manakala genus spinach adalah Spinacia. Kekeliruan ini terhasil apabila bayam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Sepatutnya bayam dalam bahasa Inggeris disebut Amaranth. Walaubagaimanapun, istilah bayam untuk spinach telah digunapakai dalam istilah bahasa Melayu.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.



Penanaman

Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam atas batas. Ia adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan.[2]

Tabur benih bayam (halus berwarna hitam) yang telah digaul dengan tanah peroi atau pasir sama rata diatas batas. Buat penyiraman selepas tabur benih. Selepas 2-3 hari benih akan bercambah dengan jarak sesuai kira2 8-10 cm antara pokok dan 45 cm antara barisan. Keperluan benih bayam sebanyak 1-3 kg sehektar. Sungkupan adalah perlu selepas tabur benih dengan lalang, pelepah kelapa dan sebagainya. Petani maju gunakan 'black netting' sebagai sungkupan. Ada petani yang menyemai dahulu bayam tetapi petani di Muar biasanya tabur terus benih daiatas batas. Penyiraman bayam adalah sangan penting untuk pastikan bayam hidup subur dengan sistem sprinkler. Kawalan rumpai dijalankan dengan manual dan dijalankan berhati-hati kerana akan menjejaskan akar bayam.

Baja organik tahi ayam biasanya digunakan sebagai baja asas yang dibubuh diatas batas semasa penyediaan kawasan dan batas dengan kadar 5 metrik tan sehektar. Baja Sulphate of Amonia sebanyak 240 gm/ha ditabur 7 hari lepas tabur benih bersama Basa TSP (24 kg/ha) dan baja MOP (120 kg/ha).Terdapat sebilangan petani komersial bayam yang menggunakan baja foliar (baja semburan daun) untuk mempercepatkan penuaian dan meningkatkan kualiiti bayam. Kawasan tanah gambut sangat sesuai menanam sayuran daun seperti bayam kerana mudah pengurusan batas, rumpai dan kerja menuai hasil.


Penuaian

Tanaman bayam boleh dituai 3-4 minggu selepas ditabur. Pokok bayam yang telah mencapai ketinggian kira-kira 20-25 cm boleh dituai dengan memotong atau mencabut dan ianya dikumpulkan. Bersihkan dengan membasuh bahagian akar dari kekotoran tanah sebelum dimasukkan kedalam bakul. Bayam adalah sayur daun yang mudah rosak jika tidak dipasarkan segera. Kajian saya di sekitar Muar, Melaka dan Johor Bahru mendapati anggaran hasil sekitar tanaman bayam adalah 1-2 kg/meter persegi atau 10,000 -20,000 kg/ha. Saya dapati tanaman Bayam di Kg Solok Tangkak pula mendapat purata berat hasil sekitar 12,000 kg sehektar dengan kekerapan 8-10 kali pusingan penanaman setahun.

Perosak

Antara perosak tanaman bayam adalah Ulat Pangkas (Agrotis ypsilon) yang memotong anak benih bayam pada paras tanah dan kawalan dengan racun serangga jenis Fenvelerate atau cypermethrin. Perosak Ulat Ratus (Spodoptera litura) memakan daun dan dikawal dengan racun cypermethrin. Dua jenis penyakit yang menyerang tanaman bayam adalah Hawar Melecuh (Cystobus bliti) yang simptomnya tompok2 putih pada daun dan tiada kawalan kimia yang berkesan. Oleh itu amalkan tanaman giliran dan tanam dikawasan baru yang bebas penyakit. Penyakit Lecuh Anak benih (Phytium aphani dermatum) menyerang pangkal pokok dan akibatnya pokok mati dan boleh dikawal denganracun kulat Capstan dan IPM.

Khasiat

Kandungan zat makanan bayam setiap 100 gram bayam mengandungi B-carotene (4-8 mg), Vitamin C (60-120 mg), Zat Besi Fe (4-9 mg), Kalsium (300-450 mg) dan serat. Kandungan Asid Folic dan serat yang tinggi (20-30%) sangat sesuai untuk kesihatan.[3] Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C dan beta karotena.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang menghidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati.[perlu rujukan]

Bayam digunakan sebagai sayuran segar dan ditumis atau di buat masak air sup (Bening, kata orang Jawa Muar). Ia juga mengandungi methionine dan sulfur asid amino dan nitrat serta oxalate untuk kesihatan. Penanaman bayam di Malaysia akan terus menjadi pilihan ramai petani dan pengguna kerana khasiat yang ada dan cepat berhasil.

Lain Lain Khasiat terhebat Sayur Bayam:

1. Melawan sel kanser
Manfaat bayam dapat melawan sel kanser. Hal ini kerana vitamin A dan C, serat, asid folik, serta 13 flavonoid yang terdapat dalam kandungan bayam bermanfaat untuk memerangi sel kanser. Pada sebuah kajian menunjukkan bahawa kandungan pada bayam tersebut dapat menurunkan risiko terserang kanser sebanyak 34% terutamanya diserang kanser rahim, kanser payudara, kanser kulit, kanser prostat, dan kanser perut.

2. Penglihatan yang lebih baik
Bayam ini merupakan sumber vitamin A dan vitamin A tersebut sangat baik dalam menutrisi organ penglihatan mata.

3. Sumber anti-keradangan
Bayam mempunyai kandungan yang banyak mengandung neoxanthin dan violaxanthin (dua anti-inflamasi epoxy xanthophylls) yang boleh memainkan peranan penting dalam peraturan keradangan. Bayam mengandung sifat kealkalian tinggi sehingga boleh membuat sayur ini menjadi salah satu pilihan yang terbaik bagi pesakit penyakit inflamasi, seperti: rheumatoid arthritis dan osteoarthritis.

4. Jantung lebih sihat
Gaya hidup tidak sihat boleh mencetuskan terkena penyakit jantung dan juga berpotensi besar diserang serangan jantung. Mulakan dengan memakan bayam untuk mencegah serangan jantung. Pelbagai nutrisi yang terkandung dalam bayam dapat membuat jantung untuk lebih terjaga kesihatannya sepanjang masa.

5.Menurunkan tekanan darah tinggi
Bayam kaya akan kandungan potassium dan rendah sodium. Bayam mempunyai tahap mineral yang seimbang sangat bermanfaat bagi pesakit hipertensi atau tekanan darah tinggi. Folat yang terkadung dalam bayam juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan melemaskan pembuluh darah yang pada akhirnya dapat mengekalkan kelancaran sistema aliran darah.

6.Mencegah diabetes
Manfaat bayam mampu untuk mencegah diabetes. Kandungan magnesium yang ditemui dalam bayam dapat membantu untuk mencegah komplikasi yang berlaku selepas kencing manis. Dengan pengambilan secara rutin bayam akan membantu menstabilkan gula darah dan mencegah daripada turun naik yang terlalu banyak.

7.Menjaga kesihatan otak dan meningkatkan memori
Seiring dengan bertambahnya usia, maka kemampuan untuk mengingat sesuatu apapun akan berkurang. Untuk menjaga kesihatan otak dan meningkatkan daya ingat, dengan mengambil sayur-sayuran bayam secara rutin dapat menjadi salah satu penyelesaiannya.

8.Menutrisi tulang dan sendi
Kandungan kalsium yang terdapat dalam bayam mampu untuk menguatkan semua tulang pada tubuh. Sehingga dapat meminimumkan terjadi pereputan pada tulang atau osteoporosis seawal mungkin dengan rutin mengambil bayam.

9.Menyihatkan organ pencernaan
Bayam mengandungi kandungan serat yang tinggi sangat berkesan untuk menyihatkan organ pada pencernaan dalam tubuh.

10.Mengurangkan risiko diserang kardiovaskular
Bayam merupakan sumber folat, yang boleh mengurangkan homocysteine, asid amino dijumpai dalam darah. Tahap homocysteine ​​yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan risiko terkena penyakit jantung. Bayam juga mengandungi inositol dan choline, yang dapat bermanfaat untuk mencegah pengerasan pembuluh darah.

11.Mencegah anemia
Bayam merupakan sumber zat besi yang baik. Zat besi diperlukan untuk mencegah anemia atau kekurangan sel darah merah. Zat besi bermanfaat untuk dapat menjana semula atau memperbanyak sel darah merah, sehingga dapat mencegah terkena anemia.

12.Menyihatkan kulit
Salah satu manfaat bayam adalah dapat menyihatkan kulit. Hal ini kerana bayam mengandungi vitamin A yang tinggi yang dapat membuat kulit menjadi lebih sihat dan membolehkan pengekalan kelembapan yang tepat pada epidermis yang pada akhirnya dapat memerangi psoriasis, jerawat, keratinisasi, bahkan keriput.

13.Baik untuk masa pertumbuhan
Zat besi dan mineral yang terkandung dalam bayam sangat baik untuk pertumbuhan kanak-kanak dan remaja. Selain itu, bayam juga baik untuk wanita yang sedang haid. Bayam lebih banyak mengandung kalori seperti rendah lemak dan bebas kolesterol berbanding dengan daging merah.

14.Meningkatkan kekebalan tubuh
Satu cawan bayam boleh mengandungi lebih dari 337% dari AKG (Angka kecukupan gizi) vitamin A, yang tidak hanya melindungi sahaja, tetapi mengukuhkan "entry point" ke dalam tubuh, seperti saluran pernafasan, saluran kencing dan usus, membran mukosa, tetapi juga merupakan komponen penting dari sel darah putih yang membantu melawan jangkitan.

15.Merawat pendarahan gusi
Manfaat bayam juga boleh untuk mengubati pendarahan pada gusi. Campuran bayam dengan jus lobak merah boleh membantu dalam merawat gusi berdarah yang disebabkan kerana kekurangan vitamin C dan terlalu banyak pengambilan gula halus.

Demikianlah posting mengenai khasiat sayur bayam serta asalusulnya dan guna agro biodata, semoga bermanfaat untuk anda semua.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers