SAWI IKAN MASIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

SAWI IKAN MASIN adalah resepi yang ingin is kongsi pada kali ini, is harap anda semua boleh membuat SAWI IKAN MASIN selepas membaca posting ini, insyaallah.

Masakan ni paling sedap dan menyelerakan, tapi syarat nya kena makan selagi hangat bersama nasi hangat dan juga sambal belacan....tak yah lauk lain dahhh!!! Tapi awas bagi yg mengidap darah tinggi makanan nie tidak sesuai untuk anda.

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 500 g sawi cina jenis pendek @ bok choy
  • 50 g daging ikan masin tenggiri
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 2 biji cili merah, hiris serong
  • 2 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sawi cina @ bok choy, dicuci bersih, asingkan tangkai dan daunnya, siang berasingan. Daging ikan masin tenggiri, dicuci, keringkan dan dadu kecil. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan masin hingga kekuningan, tolak ke tepi kuali, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hiris, tumis hingga harum, gaul bersama ikan masin tadi.
  3. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan batang sawi cina dan masak hingga lembut, masukkan pula daunnya, kacau dan tuang kicap cair. Kacau pantas dan masak dengan api yang besar.
  4. Bila nampak layu sedikit, matikan api dan rasa, jika ok, boleh dihidangkan segera bersama nasi....
SAWI IKAN MASIN
SAWI IKAN MASIN
Demikianlah resepi serta cara memasak SAWI IKAN MASINInsyaallah jika is umur panjang kita berjumpalagi di posting resepi yg lainnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers