SUP GEAR BOX

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

SUP GEAR BOX adalah resepi yang ingin is kongsi pada kali ini, is harap anda semua boleh membuat SUP GEAR BOX selepas membaca posting ini, insyaallah.

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 3 ketul tulang yang ada daging
  • 4 - 5 liter air (atau secukupnya)
  • 5 inci halia tua*
  • 10 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 1/2 camca besar lada hitam biji*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan halus*
  • 1 camca teh jintan manis*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1 biji pala*(*dikisar halus)
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 8 kutum bunga cengkih
  • 1 pokok daun ketumbar, potong kasar2
  • 1/3 cawan bawang goreng
  • Garam secukup rasa


BAHAN SAMPINGAN :-)

  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan dan sup
  • Bawang goreng
  • Sambal kicap


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bersihkan tulang lembu, cuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk yang sesuai. Tuang air dan masukkan bahan2 kisar halus, sedikit garam, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, daun ketumbar dan bawang goreng.
  2. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api dan renih hingga daging2 pada tulang lembut dan empuk. Masa merebus lebih kurang 4 jam bergantung pada jenis lembu, kalau lembu tua kenalah rebus lama, kalau lembu muda cepat sikit laaaa...
  3. Bila empuk, rasa kuah dan tambah garam jika perlu. Hidangkan bersama bahan2 sampingan dan terpulang pada masing2 cara mana untuk menikmati sup gea box nie, nak makan dengan mee punn sedapp.....

SUP GEAR BOX
SUP GEAR BOX


Demikianlah resepi serta cara memasak SUP GEAR BOX. Insyaallah jika is umur panjang kita berjumpa lagi di posting resepi yg lainnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers