ASAM PEDAS MUDAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

ASAM PEDAS MUDAH adalah resepi yang ingin is kongsi pada kali ini, is harap anda semua boleh membuat ASAM PEDAS MUDAH selepas membaca posting ini, insyaallah.

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 3 - 4 ekor anak ikan pari@tuka
  • 3 kuntum bunga kantan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1 cawan cili kisar
  • 3/4 camca teh serbuk kunyit
  • 7 - 8 biji tomato ceri
  • Garam dan secubit gula
  • 8 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci belacan*(*tumbuk lumat)
  • 700 ml air (atau secukupnya)


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan pari disiang dan belah 4 setiap ekor (ikut saiz ikan masing2), cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan garam selamar 10 minit, cuci lagi dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan masak sekejap. Tambah cili kisar dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana.
  3. Tuang air dan masukkan bunga kantan. Bila mendidih, masukkan ikan pari dan juga jus asam jawa. Tambah tomato dan secubit gula, masak hingga ikan masak. Rasa jika perlu tambah garam. Hidangkan bersama nasi hangat.
  4. Kalau suka boleh juga letak terung, bendi atau sawi jeruk...
ASAM PEDAS MUDAH



Demikianlah resepi serta cara memasak ASAM PEDAS MUDAHInsyaallah jika is umur panjang kita berjumpalagi di posting resepi yg lainnya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers