Polis nafi beri keizinan kepada Bersih

Polis nafi beri keizinan kepada Bersih
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata, penganjur diingatkan
tidak memutar belit kenyataan yang dikeluarkan polis sebelum ini.

Polis tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan haram yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.

Ia bagi menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin sebagaimana yang dilaporkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa mengingatkan penganjur supaya tidak memutar belit kenyataan yang dikeluarkan polis sebelum ini.

“Dalam perjumpaan yang diadakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama pihak penganjur jam 10 pagi tadi, polis sudah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

“Bermula 26 hingga 30 Ogos ini juga akan berlangsungnya persiapan bagi majlis sambutan Hari Kemerdekaan 2015,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan berkenaan menyalahi undang-undang kerana penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepertimana yang disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers