100 cawangan UMNO Johor bubar jika Muhyiddin dipecat

100 cawangan UMNO Johor bubar jika Muhyiddin dipecat
Tindakan itu dibuat sebagai protes terhadap ketidakadilan yang dilakukan
ke atas Muhyiddin yang semata-mata mahu menyelamatkan UMNO dan negara.

Hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.

Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.

“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.

“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.

“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di Shahbudindotcom.

Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.

Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.

“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers